Wednesday, October 7, 2009

Kerana dia yang melahirkan.

Pernah tak berjumpa dengan seorang anak yang perangainya dah macam si Tanggang yang menderhaka? Walaupun tidaklah sampai tahap menidakkan kewujudan ibunya tapi dia sangup mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati seorang ibu.

Saya pernah terfikir,macamana seorang anak sampai sanggup melukakan hati seorang ibu dengan keadaan sedar dan sengaja melakukannya. Saya selalu beranggapan perkara itu sesuatu yang pelik dan tidak boleh di terima akal. Mana mungkin orang yang paling hampir dalam hidup kita dan paling kita sayang akan kita sakiti. Tak mungkin kita akan benci kepada seorang ibu yang sangat banyak berkorban untuk kebahagiaan kita. Mustahil kita akan membuang ibu yang melahirkan kita hanya kerana dia memberi pendapat yang bertentangan dengan pendapat kita.

Tapi yang mustahil dan yang tidak boleh di terima akal itu memang berlaku. Itu realiti yang terjadi. Tentu luluh hati seorang ibu bila anak tidak memahami kebaikan yang ingin disampaikannya. Kalaulah si anak itu hidup masa zaman Nabi Khaidir..tentu masa kecil2 lagi dia dah di bunuh..sebab bila dah besar dia jadi anak derhaka..derhaka yang sangat-sangat pulak tu..

Bukannya si anak tu tak boleh fikir mana yang baik mana yang buruk..ikutkan sangat darah muda,akal pun macam tak boleh nak fikir dengan betul...kalau yang datang pada dia tu memang nampak indah dan cantik..boleh lah jugak diterima...ini yang dia nak ikut-ikutkan sangat tu memang dah sah-sah tengok sebelah mata pun orang boleh tahu mafia tahap gaban yang datang..nak jugak di ikut buat apa..tak ke namanye mencari bala yang tak di undang?tak faham betul...

Jangan sampai nanti masa menyesal semua dah terlambat..masa tu keluar air mata darah pun tak guna...mohon2 moga Allah ampunkan dosa2 yang dah di lakukankan..dan harap2nya pintu taubat masih terbuka...kalau tak..harap maaf..anda dilarang menghidu bau syurga...

7 comments:

maza said...

aduhaii...

terkenang lak omak den kek kampung nuuu....dia ajak balik rayo haji, tapi den raso lotih lah pulak (lotih wallet gitew).. huhuhu

baco lak kisah ni ha, aduhaiii, raso bersalah dan berhati hibo lak eh.. huhuh

Abd Razak said...

salam...

bimbang jika kita tidak mendidik anak-anak dgn didikan yg baik lebib-lebih dlm bidang agama, boleh menjurus kepada anak yg derhaka...

Tie said...

Izzah,

Kak tie sendiri seorang ibu. Dan sebagai seorang ibu, kak tie sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak2 dan sentiasa memaafkan mereka.

Seorang ibu, bukan saja sanggup berkorban nyawa, tetapi juga perasaan.

Izzah said...

@Maza

pok cik..baek la ekau copat2 balik kg..raso bersalah tu maknanye ekau mmg ado buek salah ngan omak ekau la tu....

Izzah said...

@Abd Razak

Bagi didikan bukan sekadar ilmunya sahaja..kena pantau amalan mereka dan kefahaman mereka dengan ilmu agama..kalau sekadar memberi ilmu tapi tak amalkan..tak guna juga..

Izzah said...

@Tie

Kak tie,
izzah belum jadi ibu..tapi rasanya belum buta menilai keikhlasn seorang ibu memberi pengorbanan..
yang tak faham tu..bila ada anak membutakan mata melihat ibunya berkorban..pastu dia tambah2 lagi sakitkan hati ibu dia..anak betong ke ape...

Dearie Pearls said...

Dear Izzah,
macam familiar jer n3 nie..
kita pernah bercerita tentangnya.
Kahkah

Mmm..
Ramai yg dah hilang hormat ngn mak ayah dorang.

Ntah cmner tergamaknya hati..