Sunday, October 11, 2009

Laporan hujung minggu yang padat:

Semalam,seawal jam 7.30 saya memulakan perjalanan dengan misi menyerang rumah terbuka. Memula sekali pergi program rumah terbuka anjuran PPD daerah tempat saya mengajar. Sebenarnya rumah terbuka merangkap kursus pendek. Saya dengan berbesar hati hanya hadir suku masa pertama sahaja, bila break pukul 10 pagi, saya telah melarikan diri ke rumah kawan yang berdekatan dengan tempat program.

Bila dah keluar,dah malas nak masuk balik(jahat cikgu nie...sila jangan ikut perangai cikgu yang satu nie..huhu..). Alasan yang kukuh melarikan diri dari program itu ialah, saya kena tolong mak dirumah...kena rushing balik rumah sebab adik saya nak jemput kawan dia makan-makan dirumah...boleh terima tak alasan nie?hahaha..hentam saja lah labu.

Nak dijadikan cerita, sampai rumah dah pukul 1 lebih..kawan adik saya tak sampai-sampai lagi. Saya tak boleh menunggu lama, sebab saya ada beberapa jemputan yang perlu di penuhi. Salah satu sebabnya, saya dah berjanji akan datang..jadi tak baik menghampakan harapan orang.

Lepas zohor,saya meneruskan perjalanan ke arah Batu Caves, nak pergi ke rumah Emy@Fazemy. Satu-satunya blogger yang saya berjumpa 4 mata. Ini merupakan kali kedua kami bersua muka. Itu pun tak boleh berlama-lama, kawan saya dah calling2 dan sms dah masuk berkali2. Saya makan mee kari yang di masak sendiri oleh Emy..nyam..nyam..sedap...rugilah sape tak rasa. Agak duduk dalam 15 minit,saya minta diri untuk ke destinasi seterusnya.

Kali ni arah perjalanan ke Ampang. Masuk je MRR2..aduh..jem giller.. bergerak bukan takat macam siput lagi, tapi dah macam siput yang mengantuk,tapi tak disorongkan bantal....bayangkan..sepanjang perjalanan meter saya tak naik pun sampai ke angka 10km/j paling laju pun 5km/j...sampai jer kat ampang azan maghrib berkumandang. Giler betul...

Rasanya sekarang nie memang musim orang buat open house di mana-mana. Jalan kat mana-mana pun jam macam oerang nak balik beraya. Kepada semua pemandu-pemandu berhati-hati di jalan raya...jangan ingat makan jer..ingat keselamatan,orang yang tersayang..dan jangan lupa bersabarlah di sepanjang perjalanan....


Thanks Emy!!(rupaku mcm penat konon..huhuhu..)

6 comments:

Tie said...

Seronoknya makan2 lagi. Kak tie kat sini, tersisih betul. Tak seronok , rasa nak balik dok Johor..hu hu..

fazemy said...

Apala Izzah ni..penat org masak byk2 dia mkn mee kari dlm mangkuk kecik je. ish ish..rugi rugi..Btw terima ksh byk2 sudi dtg..terharu..terharu..

Anonymous said...

Nape tk jmput akak...

kalo tak, kompem abis mee kari tu

Izzah said...

@Tie

kak tie..makan2 mmg seronok..lagi2 free..hehhee..
Nak balik johor..tunggu cik abang akak retire la kot..hehhehe

Izzah said...

@fazemy
hehehe..eh..walaupun mangkuk kecik..tapi mee penuh tau..hahahha..
kita pun terharu gak jumpa emy..;)

Izzah said...

@arryani
kak yan..
saya calling2 akak tak dapat..
hehehe..
acah mak labu..
meh pindah KL plak..
heheheh..