Thursday, October 1, 2009

Teman Bicara


Apa penilaian paling penting untuk memilih seorang kawan,sahabat atau teman yang menyenangkan? Selain sifat peribadi yang selalu menjadi ukuran,tentu ada sesuatu yang boleh diukur pada seseorang untuk menjadi pendamping kita. Pastinya sesuatu yang menyebabkan kita rasa senang bila bersamanya. Kalau duduk bersama tak terasa cepatnya masa berlalu. Bila dia tiada, terasa seperti ada kekurangan.



Di kalangan kita tentu ada sahabat karib yang sangat rapat dengan kita. Kadang kala kita juga punya rakan-rakan sekepala yang kita anggap macam geng atau member. Mengapa kita senang bila berada di sisi mereka? Tentunya kerana kita selesa berada dalam kelompok mereka. Rasa selesa itu menjadikan hubungan kita dekat dan akrab. Rasa selesa itu juga menyebabkan kita gembira bila bersama.



Faktor utama yang mengundang keselesaan bila bersama tentulah kerana kita boleh berkongsi banyak perkara bersama. Berbicara dengan mereka bermula dari sekecil-kecil perkara membawa kepada seserius-serius perbualan. Topik perbualan dengan mudah berkembang satu persatu dan tika itu masa yang berlalu bagai tidak terasa lagi.



Kerana itu penting mencari teman yang kita rasa selesa bersama dan kita boleh berbicara dengan selesa bersamanya. Kita mungkin punya banyak kawan, tapi yang kita benar-benar selesa hanya sebilangan daripadanya. Tidak perlu menilai rupa,harta mahupun keturunannya selagi kita tidak rasa terpaksa untuk bersama dan ruang hubungan itu terbentuk dengan baik,tentu dia boleh menjadi teman terbaik untuk kita terus berbicara bersamanya sampai bila-bila.


"Perhubungan ibarat rumah, tidak perlu cantik atau mewah,
yang penting kita bahagia di dalamnya"

8 comments:

Dearie Pearls said...

Dear Izzah,
Harap Izzah bahagia borak denganku.

Hehe..

Shara ape jer..
Bisa didengar dan responnya sekali..

Like tha way you talk to me.
Banyak cerita..

*Rumah sewa LOL nampak jek besar tetapi bahagianya kurang. Ku cari bahagiaku sendiri..

Abd Razak said...

Salam...

Teman karib adalah di masa kita dalam kesusahan, dia dtg membantu

Berjalan dalam gelap bersama seorang teman, lebih baik daripada berjalan dalam terang sendirian

kujie said...

tak ada kawan karib, rapat seadanya dgn semua org.

Izzah said...

@LOL-Pearls

kita jadi teman bicara di alam maya..
bila ntah nye nak jumpa nih..

Izzah said...

@Abd Razak

true..
kawan menangis mmg susah nak cari..

Izzah said...

@Kujie

kak jie nie natural org nye..
semua org pun suka kat akak..
;)

Anonymous said...

Sayangio org maka org akan sayangkan kita...

pentingkan orang ..maka org juga akan pentingkan kita...

semua org patut berusaha ke arah itu..

Harap Izzah sabar..


p/s nak jmput sertai pertandingan cipta dialog kat blog akak..

sila datang yea...

Izzah said...

@arryani
saya sayang akak..
akak pun sayang saya kans...
hehehhe..

okeh..i'm comingggggggggg...