Saturday, November 7, 2009

Perbaiki Kehidupan

Semalam rezeki murah. Makan malam abang saya belanja ikan kerapu tiga rasa. Dia anak beranak siap turun Tanjung Karang dengan mak datang ambik saya dan bawa pergi makan kat G.G. Bistro, kat Sungai Gulang-Gulang. Memang salah satu tempat saya suka makan, kalau sesekali nak makan di luar. memang pedasnya menagkap...lagi2 kalau dapat makan somtam dia..aduhai sedapnye...(tapi belum berani makan lagi takut perut terkezuttt pulak)

Hari ni,saya hanya lepak2 dekat rumah tak ada apa2 aktiviti selain menonton tv. Bosan sungguh...sepatutnya saya perlu ke Puncak Alam sebab ada program di sana, tapi atas nasihat kawan-kawan yang sangat menyanyangi saya, saya tidak ke sana..dikhuatiri,aktiviti yang sampai ke petang itu akan menyebab badan saya kembali weak...jadi..hari nie saya rehat sepuas2nya..sampai dah tak tau nak wat apa.

Memang bila rutin harian kita sama dan serupa setiap hari, kita mula akan rasa bosan. Kadang2 kita kena ubah sedikit rutin harian agar supaya kita ada perkara baru untuk di lakukan...tapi kena make sure lah..aktiviti yang sihat dan sesuai dengan syariat.

Sebenarnya selepas memasuki alam pekerjaan, rutin harian semakin sama setiap hari..kalau zaman belajar dulu masa untuk bersosialisasi lebih banyak..bila dah kerja, masa kita lebih terhad. Masa banyak di habiskan dengan tugasan2 yang mengekang dan kadang2 pemikiran pun terkekang dek kekangan tugas. Rasa otak terperap dan dunia kita hanya bertumpu pada skop pekerjaan kita sahaja. Secara jujurnya saya semakin kurang alert dengan perkembangan semasa kecuali perkara yang memang sedang panas di bualkan. Tapi mungkin tidak semua rasa apa yang saya rasa. For those people yang pandai aturkan masa dan kehidupan, munkin hari2nya lebih baik selepas bekerja.

Saya sebenarnya sangat sukakakn kerja saya cuma mungkin saya perlu buat beberapa perubahan dalam jadual hidup saya supaya tak terlalu boring. Dalam menghitung hari-hari terakhir dalam tahun ini, harap2 dapat fikirkan sesuatu untuk perubahan yang baik hendaknya. Apapun saya bersyukur di anugerahkan kehidupan yang baik dari Allah, dan mengharapkan Dia akan memperelokkan kehidupan saya supaya saya dapat terus memperbaikinya seperti yang dikehendakiNya.

p/s: seorang kawan baru kehilangan kerja...disaat2 dia menghitung hari bahagianya...mungkin ini ujian Allah kepadanya..semoga dia akan tabah menghadapi ujian ini..dan semoga Allah memberi sesuatu yang lebih baik di hari2 mendatangnya...ameen...

4 comments:

Abd Razak said...

Salam...:)

Makanan apa somtam tu erk...baru dgr :)

Rutin harian kena tukar agar tidak bosan...

Tirana said...

Buatlah sesuatu yang dianggap rutin itu dengan gaya yang berbeza agar tidak merasa bosan. Contoh, biasanya kita menulis dengan pen yang berwarna biru, kita tukar dengan pen yang berwarna hijau..hehehe..itu contoh yang paling mudah.

izzah said...

@Abd Razak

salam..
somtam tuh..macam kerabu mangga..tapi di buat dengan betik muda..kalau gi makan kat makanan thai atau pantai timur..selalu mesti ada..

sedang fikir2kan rutin harian yang baru :)

izzah said...

@Tirana..

hai kak...
tu la..kalau rutin sama jer..rasa aduhai..bosan betul..
pasni nak beli pen beraneka warna..tulis buku rancangan mengajar pun warna warni..baru seronok nak baca kan kak..
hehhe..
nak kena selalu memasak macam kak tirana kot..baru hilang bosan..hari2 ada jer resepi baru..
:)