Saya,
sedang menunggu,
saya tak tahu kenapa,
terasa masa itu terlalu pantas,
tidak terkejar lariannya,
semakin saya berusaha beriringan dengan waktu,
semakin laju ia berlalu.
Saya,
sedang lelah berlari,
kepenatan yang saya rasakan,
mengundang keluhan,
walau saya cuba untuk bertahan,
kadang kala saya masih lagi tewas,
tewas pada sebuah penantian.
Saya,
masih lagi menanti,
walau selewat manapun hadirnya,
saya akan tetap di sini,
saya tidak boleh tewas,
saya tidak boleh kalah,
apalagi berputus asa,
saya akan terus menanti,
di sini,
hingga hadirnya,
menjadi penawar lelah,
mengubat resah,
membawa rahmat yang membahagiakan.
apa jua yang telah berlaku,
biarkan ia pergi sebagai sebuah cerita kenangan,
apa sahaja yang sedang dihadapi,
lakukanlah yang terbaik semampunya,
agar tiada kesalan,
apa yang bakal mendatang,
bersedialah dengan kecekalan,
moga-moga dapat dihadapi dengan tenang.
7 comments:
Salam..:)
Kecekalan dan sabar itu membawa kepada kemenangan dan kesudahan yang membahagiakan...
menanti dan menunggu
moga tidak menjemukan
@Abd Razak
salam :)
yer..sabar..itu yang paling utama..
semoga berkat sabar itu adalah bahagia..
Thanks!!
Izzah,
Menunggu..
Menanti..
Berlari..
Lelah..
Kenangan..
Realiti Hidup..
Hadapi jek..
Salam Izzah
menunggu memang payah, tak menunggu lagi susah. Jika menunggu membuah kebahagiaan.. apasalahnya teruskan menunggu.. semoga cekal, tabah meneruskan hari mendatang..
-maiza-
@LOL-Pearls
sedang menghadapinya..
:)
@maiza
menunggu dengan harapan dan doa moga2 bahagia di akhir nanti...
happy ever after..
Post a Comment