Sunday, November 15, 2009

Yang Indah itu Sementara

Benda yang indah tapi sukar untuk dicapai. Cantik untuk dilihat tapi bukan untuk dipegang. Sangat menarik, sehingga ada hati yang sangat tertarik. Namun, walau sekuat mana pun daya tarikannya ianya hanya sekadar untuk dipandang mata, bukan untuk disentuh apatah lagi untuk memilikinya.


Macam pelangi. Hadir tika hujan gerimis tumpah ke bumi. Datang bersama sinaran mentari. Adakala wajah pelangi itu jelas, nampak garis-garis warnanya, sangat menarik. Banyak mata yang memandang, ramai yang ingin melihat keindahannya. Kadang-kadang wajahnya pudar, nampak jauh, garis-garis warnanya seakan berbalam-balam antara awan di langit. Namun tetap ramai yang ingin melihat dan memerhatikannya. Tetap jua ramai yang memuji keindahannya.


Pelangi yang cantik, yang menjadi pujaan mata yang memandang, yang membuat hati tertarik. Hadirnya seketika cuma. Hanya untuk dipandang mata. Namun untuk memilikinya, mustahil sama sekali. Kalaupun ada yang berjaya menyentuh, memiliki dan meniti di atas pelangi itu tentu hanya dalam mimpi semata. Hanya dalam khayalan yang tidak mungkin akan terjangkau dek tangan.


Pelangi yang hadir seketika. Sampai masa ia lenyap begitu sahaja. Hadirnya tanpa dipinta, ia pergi juga tanpa kita menyedarinya. Pelangi umpama mimpi-mimpi indah.Mimpi itu ilusi. Jangan mimpi itu menjadikan kita terbuai dengan keindahannya hingga lupa untuk berdepan dengan realiti. Biar mimpi itu datang untuk menghibur hati, bila terjaga jangan di bawa mimpi itu terus menemani. Lepaskan mimpi itu, dan hiduplah dalam realiti.


indah ke pelangi?

10 comments:

denaihati said...

ASam garam KEHIDUPAN memang begitu kejap susah kejap senang...hari ini susah itu esok susah yang lain ...hari ini gembira itu esok gembira yang lain ...INDAH sungguh kejadian ALLAH

Izzah said...

@denaihati
indah sungguh kejadian Allah..
ada manisnya,ada masamnya..kadang-kala masin pula dan sekali sekala pahit pun ada..
hadapinya dengan menginganti Allah..
dia sentiasa ada..dekat dengan kita..

Thanks!

MaizaC'Joe said...

Salam izzah

pelangi bukan saja cantik di pandang tapi begitu mempersonakan.. memandang pelangi buat kita terbuai-buai.. ciptaan Allah begitu indah. Pelangi hanya dapat di pandang dr jauh.. tak mampu menggapai dek tangan. walaupun cantik.. indahnya pelangi.. tiba masanya ia akan hilang.. tinggalkan kita yg memandang. KEHIDUPAN juga seolah2 seperti pelangi. jangan kita asyik trbuai di fantasi hakikatnya kita di realiti... Syukur dng nikmat Allah..

-maiza-

Abd Razak said...

Salam...:)

Indahnya ciptaan Allah untuk manusia yang mahu berfikir akan kebesaranNYA.

Subhanallah...

Izzah said...

@MaizaC'joe

salam maiza..
berpijak di bumi yang nyata..
sepahit manapun kenyataan hidup..
tempuhinya dengan sabar dan realistik...

Izzah said...

@Abd Razak

salam..
Dia maha Pencipta..
sebaik-baik Pencipta..
dan Pecinta...

Unknown said...

terima kasih
kerana bahan yg menarik..
dan terima kasih juga kerana sokongan...

Izzah said...

@jinggo

terima kasih kembali..
itu mmg tugas seorg kawan..
:)

Dearie Pearls said...

"Pelangi yang hadir seketika. Sampai masa ia lenyap begitu sahaja. Hadirnya tanpa dipinta, ia pergi juga tanpa kita menyedarinya. Pelangi umpama mimpi-mimpi indah.Mimpi itu ilusi. Jangan mimpi itu menjadikan kita terbuai dengan keindahannya hingga lupa untuk berdepan dengan realiti. Biar mimpi itu datang untuk menghibur hati, bila terjaga jangan di bawa mimpi itu terus menemani. Lepaskan mimpi itu, dan hiduplah dalam realiti.."

Indahnya kata2 ini..
Semuanya hanya sementara even hidup ini..

Izzah said...

@Lot Of Love-pearls

hi dear..
hargai apa yang ada..
jgn berilusi..
hidup pun sementara..