~edisi meluah perasaan~
Saya geram dengan seorang murid kelas saya. Dia memang murid bermasalah sangat! Dalam kategori murid lemah,tapi tak lebam...tapi malasnya nauzubillah. Kerana sering sangat menjadi parasit dalam kelas dia pada tahun lepas (dia kelas akhir) dan demi memisahkan dia dari 'klik'2 dia yang lain, maka dia di kuarantinkan di kelas saya (pengasingan murid..even dia tak layak masuk dalam kelas tu,tapi dengan harapan dia akan berubah dan jadi baik sedikit,dia di masukkan ke kelas sederhana).
Latar belakang keluarganya,dia dari keluarga yang kurang berpendapatan. Bapa dia kerja buat rumah..kalau ada kerja,ada la duit..kalau tak..bapa dia duk lepak kat umah jer. mak dia jual kuih untuk membantu pendapatan keluarga. Kakak dia dalam ketegori ok..agak pandai...baik,dan tak de masalah apa2. Adik dia pun ok jugak. kiranya dia sahaja yang bermasalah.
Antara masalah terbesar yang pernah dia buat...buat free show..18sx dalam kelas masa rehat...masa tu dia baru darjah 3 (skang dia darjah 5) mengaku pernah melihat vcd 18sx...
Masalah sekarang : awal tahun dulu,dia memang agak senyap di kelas tu,sebab dia takde member nak buat kecoh macam kelas2 sebelum ini. Masuk bulan 4 hari tuh,dia dah mula dapat tarik 2 orang budak jadi geng dia. cara dia tarik perhatian murid tu, belanja makan..bagi duit...belikan barang2 alat tulis dan lain2...hari2 bawak makanan..belanja kengkawan dia. Then..budak2 tuh melekat la dgn dia sebab nak dapat belanja selalu.
Bila dia dah berkawan..dia mula tunjuk taring...buat bising...menjawab bila di marah(satu kita nasihat...berpuluh2 jawapan dia nak sangkal). Tak nak belajar langsung...hari2 datang sekolah tak bawa buku...(mula2 saya suruh salin kat kertas...tapi alasan dia memang berbakul2...kalau menulis..1 baris jer..lepas tuh dia tak buat..)cikgu2 lain pun dah tak kuasa nak layan..sebab ada 32 kepala yang nak belajar...dan kitorang perlu beri perhatian...kalau mengadap dia jer...tak belajar lah yang lain2 tu..
Dia memang dah tak heran kalau kena denda..selalunya dia kena berdiri di luar kelas,sebab dia suka sangat mengganggu ketenteraman kelas...cikgu mengajar..dia menyanyi dlam kelas..kuat2 plak tuh...mmg tak reti nak hormat orang...saya ingat dengan saya jer dia berani(sebab saya kurang garang kot..rasa macam dah buat sehabis garang..tapi dia tak takut jugak...adduuuhaiiii..) rupa2nya dengan cikgu2 lain pun dia buat macam tuh...akhirnya semua cikgu terpaksa membuat pemulauan terhadap dia...buat2 macam dia tak wujud jer dalam kelas.
Saya nie kesian dengan dia..kalau kat sekolah rendah macam tu perangai dia..kat sekolah menengah nanti saya tak tahu lah jadi macamana...tapi tu lah...dah tak makan saman...susah betul..nie dah tak boleh ketogeri rebung dah...kecik2 pun memang dah macam buluh..keras!