Wednesday, May 26, 2010

Apa yang mereka fikirkan?

Hari ini saya masuk kelas berbekalkan sebatang rotan. Kenapa? sebab,saya perlukan bantuan rotan itu untuk pengawalan kelas. Memang besar cabaran menjadi guru yang TIDAK di geruni. Alhamdulillah,rotan itu tak memakan mana-mana punggung atau tapak tangan budak. It's just an action...berlakon pegang rotan...

Saya selalu cakap dekat budak "kalau tak siap kerja hari nie,saya rotan!" itu dah macam ayat wajib supaya kerja mereka beres on time. Tapi saya tak pernah rotan..using the real rotan...selalu pakai pembaris kuning yang panjang tu jer. "Tak sakit ustazah...!" hah! tulah jawapan mereka. Memang saya tau tak sakit...sakit kang report polis...saya gak yang kena masuk lokap. Itu sebagai tanda amaran sahaja, tapi bila bagi amaran kena buat kan???kalu tak mereka mesti akan fikir "alah..ustazah cakap jer...mesti ustazah tak pukul".

Antara sebab saya tayang rotan hari nie adalah kerana mereka pernah juga tanya saya "ustazah cakap nak rotan pakai rotan buluh tuh...tak de pun..." wah...eksen sekali mereka. Jadi hari ni, saya tunjukkan kepada mereka "hah..ini rotan...ingat saya main-main yer...saya cakap sekali jer..kalau tak siap kerja sebab bercakap dan main dengan kawan...saya rotan betul-betul!" serius! jadi kelas hari ini sangat aman damai...except budak nakal hari tuh yang saya citer kat entry lepas.

Saya mengharapkan,mereka bukan gerun dengan saya sebab rotan tu. Saya harap mereka faham kenapa saya beria-ia mahu mereka berkelakuan baik, serius dalam pelajaran, menghormati orang lain dan tahu menghargai. Saya ingin mereka menjadi manusia sebenar,saya tak nak mereka jadi sampah. Saya mahu mereka sedar, untuk menjadi manusia yang berguna,bukan selepas 10 tahun akan datang,atau selepas mereka melakukan kesilapan demi kesilapan. Saya mahu mereka mendidik jiwa mereka menjadi manusia sedari mereka kecil. Saya mahu mereka menanam sikap mahmudah dalam rohani mereka dari sekarang.

Saya melihat mereka, saya takut bila mereka masuk usia remaja,mereka terikut buat sesuatu yang salah. Saya takut mereka terus hanyut dengan keseronokkan yang tiada batasan, saya tak mahu mereka silap memilih kehidupan dan kawan. Saya takut mereka tidak sedar,apa yang mereka buat adalah satu kesalahan. Saya tak mahu satu hari nanti mereka terkenal kerana keruntuhan akhlak dan paling saya takut, mereka jauh dari Allah.

Realitinya,masalah remaja adalah kerana didikan jiwa mereka sangat kurang..bahkan mungkin tiada. Saya selalu ingatkan mereka,apa yang saya bagitahu dan ajarkan,bukan untuk hari ini semata-mata..saya harap mereka akan kekal ingat hingga mereka dewasa. Saya ada memdengar dan membaca satu hadis yang antara lain maksudnya:

"seorang yang melakukan kesalahan atau dosa,tidak akan melakukan kesalahan dan dosa itu sekiranya ada iman di hatinya..."

dan..iman itu,perkara yang dididik dari kecil...dalam hati mereka...


15 comments:

Tirana said...

penat ye Izzah, jadi cikgu...nak mengajar budak-budak dalam semua hal bukan setakat akademik saja...Kalau budak-budak jadi tak tentu hala, yang salahnya cikgu jugak.

Tirana said...

Ibubapa biasanya kata macam tu la..cikgu ajar apa kat sekolah sampai yang senang macam ni pun tak tahu..hehehe..Tapi sebenarnya ibubapa itulah pendidik utama kepada anak-anak sendiri..

Unknown said...

tanggungjawab yg berat kan babe???



takpe2... byk pahala ko dpt!!!

julietchun said...

kebelakangan ni murid2 memang agak payah di kawal. tadi baca metro ada 2-3 kes cikgu tampar budak dan ada juga yg budak tampar cikgu,seram.

KTS said...

"ustazah pegang rotan ke, pegang penyapu ke, kitorang tetap tak takut... :P :P ustazah takkan berani pukul kitorang... haaaa... haaaa... berani la pukul!! nak masuk surat kabar :P :P "


.
.


hihihi... ko kena buat muka garang... br dorang takut.. meh aku ajar :D

en_me said...

rotan jerr.. ehehe

Izzah said...

@kak tirana
penat...mmg penat..
kalo budak degil2..berganda2 penatnye..
kalo ibu bapa serah 100% kat guru lagi tambah penat dan penat...
sabar jer kuncinye..

Izzah said...

@pnconfuse
Berat..bila banyak budak yg memberi cabaran..
tapi itu tanggungjawab...
kalo aku tak jalan kan tanggungjawab..bukan pahala..dosa la dapatnya..

Izzah said...

@juliet
tu lah..kalo tak tahan sabar..mmg nak jer lempang sekali..
tapi..tidak le aku sanggup nak melempang org..
so..sabar jer la..

Izzah said...

@KTS
ko nak ajar aku wat muka garang...?????
best..best..
tapi
.
.
.
.
.
muka ko garang ker??
konpius aku...
?

Abd Razak said...

Salam..

Budak-budak sekarang ni kena cubit pastu tiup kat tempat sakit tu..:)

Mohd Ariff Yaakub said...

Sy sangat suka ayat2 pada perenggan 3-6. Jelas kesungguhan & keazaman izzah utk mendidik anak2 ini menjadi 'orang'. Itu satu amanah.. satu tanggungjawab & satu pengorbanan. Amat berat utk dilakukan.

Jangan pernah mengalah. Tetapkanlah hati pd perjuangan ini & yakinlah yg haluan ini tidak akan mati. InsyaAllah.

Izzah said...

@Abd Razak
oo..tu petuanyer yer?
kalo dah cubit..tak sempat nak gi tiup plak..

Izzah said...

@Mohd Arif
tapi..budak2 ni tak nampak niat di hati kita..
sedih.. :(

pusat said...

'kalau ustazah rotan pusat, pusat akan lukis grafiti kat kereta merah ustazah tau...'