Friday, January 30, 2009

1st Love v(*0*)v


Hari nie nak citer benda2 yang simple and sweet...L.O.V.E..bila menyebutnye jer rasa indah..berbunga2 je perasaan kan..hehehe. Ada ke orang yang tak suka bercinta?mesti takdekan..kalau ada...mesti something wrong somewhere..huhuhu..

Cinta pertama..bila agak2nye saya mengenal cinta pertama..?erm..bila yer..yang saya ingat masa saya darjah 5 hingga darjah 6 saya ada peminat kat sekolah.Saya pun tak menyangka mamat tu meminati saya,sebab kitorg kawan baik..kira satu geng la..main nakal sama2..saya pun brutal gak..main rounders la..galah panjang la..dah mcm budak lelaki jugak. Tu yang macam confius jer bila ada seorg lagi kawan saya (posmen kepada mamat tu) bagitau mamat tu minat kat saya. Tapi saya cover macho jer masa tu..tak mainla cinta2..tak rock la...huahuahua..Sampailah kitorg sama2 naik ke sekolah menengah sama2...dia still suka bagi surat2 cinta..huhuhu..mesti ada lirik2 lagu..tapi masa tu saya sombong...tak layan pun mamat tuh.

Masa masuk ke sekolah menengah,jumpa la banyak kawan2 baru. Kebetulan ada sorg lagi mamat nie..pun minat kat saya..tak sampai seminggu sekolah..kelakar kan!budak2 betul..mamat baru nie bagi saya lirik lagu Rahmat.."siapa sejambak mawar merah..harum dikamar hatimu..hingga diriku dipinggirkan..." (tak ingat tajuk dia..hehehe)...oleh sebab nak melarikan diri dari mamat pertama tu..saya pun berkawan dengan mamat yang baru nie..tapi tak sampai pun sehari...esoknya saya dapat offer masuk sekolah berasrama...dan saya meninggalkan sekolah itu tanpa pesan pun pada sesape...yang terakhir saya dengar ceritanya...sebuk kedua2 mamat tu mencari saya yang telah hilang jejak...hehehe..kelako kan...kenangan zaman kanak2..

Tapi..saya mula meminati seseorang..masa saya di tingkatan 2..tapi saya senyap2 jer('dia' adalah pelajar sekolah tahfiz yang menumpang ambil exam kat sekolah saya..saya form 2 dia form 3)..tak sangka kitorg jumpa balik masa masuk kolej...

So..bila plak korg jumpa 1st love korang..jom sharing2...



Tuesday, January 27, 2009

Sucikan hati..

Berkata Imam Al-Ghazali:
Carilah hatimu di tiga tempat; temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Andai tidak jua kau temuinya, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati


Kata-kata ini saya petik dari tulisan Ustaz Pahrol di dalam majalah Anis keluaran Disember 2008. Betapa,setelah membacanya saya sedar..saya sendiri banyak lalai ketika melakukan ibadah..samada ketika membaca al-Quran,mahupun ketika solat..nikmat khusyu' dalam solat dan membaca al-Quran semakin kurang dirasa jika nak dibandingkan masa zaman belajar dulu.

Selalu saya dengar,sekiranya hati sedang gundah-gulana..bacalah al-Quran.Kerana dengan membaca al-Quran hati akan menjadi tenang.Ini bukan omong kosong. Ini bukan kata-kata dusta. Tapi ini hakikat. Ini kenyataan,percayalah..kalamullah tentu dapat melembutkan hati yang rawan. Mungkin anda juga pernah mendengar,kajian yang menyatakan air yang dibacakan dengan kalamullah akan membentuk cas-sac positif pada air itu. Sebab itu apabila ada majlis-majlis bacaan Yasin,ramai dikalangan kita yang membawa botol air untuk dijadikan air Yasin. Pokok yang ditaman dan diperdengarkan dengan bacaan al-Quran akan tumbuh subur berbanding pokok yang mendengar lagu-lagu rock yang menyesakkan. Inikan pula hati manusia. Yang dimiliki oleh Yang Maha Memiliki. Dia berkuasa Membalikkan hati2 kita jika Dia kehendaki. Berdoalah semoga Allah menetapkan hati2 kita,untuk terus berpegang teguh dengan taliNya..terus berada di jalanNya dan ditetapkan iman kita kepadaNya.

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw; Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), Dan ia akan kembali asing pula. maka beruntanglah orang-orang yang asing - H.R. Muslim


p/s: semoga kita dikalangan orang2 yang beruntung..ameen..

 Image Hosting

Sunday, January 25, 2009

My Precious

Semalam saya ke Keramat rumah mak mertua abang saya@biras mak saya(betul ker?)nak tengok ahli keluarga baru@anak buah saya la..si Ameer Hamzah Bin badrul Hisham.first time saya dapat tengok si kecil ini selepas berusia 11 hari..badannya kecil jer..belum mengembam(tembam) lagi...Next week dia akan duduk umah mak saya sementara kakak ipar masih berpantang.


Ameer Hamzah di atas pangkuan saya..


dengan kakak Ameerah Sofiyyah


Nie plak Kakak2 Ameer..Kakak sulung(baju hijau) Ameerah Syafiqah ngan kak ngah Ameerah Sofiyyah

dan saya ingin meminta pendapat kawan2(tak berkaitan dengan cerita di atas yer..hehehe)patut ke tak patut kita buat something ikut naluri hati..bila kita dah fikir habis2..it's for a good sake..?

Thursday, January 22, 2009

Kelasku..Muridku...

Fuh..sejak merenovate ‘rumah’ saya tek berkesempatan lagi mengepos (ada ke bahasa nie dalam kamus DBP?) entry…ada beberapa perkara yang perlu didahulukan..tanggung jawab yang wajib dilaksanakan…kalau tak buat..tak amanah.

Saya Cuma sempat menyemak aktiviti di blog lebih kurang 5-15 minit sehari,tu pun kadang2 tengok guna enset jer…sambil makan2 kat Kantin Sekolah.

Aktiviti minggu nie memang dah full..membuat jadual itu ini,buat laporan tektikal itu ini…siapkan accessories untuk kelas..meeting sana sini..turun padang..la..bla..bla..(hari nie hingga Sabtu,insyaAllah hari untuk berehat..sambil mewarna,melukis,menaip…Tahun nie tahun keceriaan sekolah..jadi semuanya perlu kelihatan superb dari segi kecantikan dan keceriaannya..tapi bila berkaitan dengan sekolah rendah..semua cikgu yang buat.Dari A sampai Z.

Semalam ada aktiviti Ko-Kurikulum,saya bercadang mengajak beberapa orang murid untuk sama2 membantu mengemas kelas. Adusss…nak tau ape yang jadi??huru-hara kelas jadinya. Daripada tersusun rapi..jadi tunggang langgang…cikgunye yang sibuk memanjant menampal itu ini..murid2 nye ‘mengemas’ benda2 lain…aduh..penatnye saya..dan selepas peristiwa itu,saya berazam untuk melakukan semuanya sendiri. Biarlah murid2 itu hanya menikmati hasil dekorasi cikgu mereka..dengan harapan..mereka akan menjaganya…

Sunday, January 18, 2009

My New Home..

Jangan terkezut..anda memasuki rumah yang betul..tak salah lagi..ini memang rumah Izzah,cuma membuat sedikit pembaharuan.Warghhh..penat juga nak membuat renovation nih..banyak benda kena ubah dan ada yang main lari2 pulak..tak pasal2 saya kena mengejar sidebar yang melarikan diri. Ntahla..ok ker rumah baru saya nie...tak larat dah nak membuat pengubahsuaian..(ala2 interior desingner tak jadik gitu..)dah pukul 1 lebih..tadi mata dah mengantuk..tahan punya tahan..sekarang dah segar bugar..muahahahha..so..what do you think..ok ker rumah baru saya nih?

Friday, January 16, 2009

Ya Allah..Selamatkan mereka..


Pukul 9:43 malam tadi..saya menerima sms dari seorang kawan yang berbunyi:

Malam ini Palestine akan dibom habis-habisan oleh Yahudi termasuk Masjid al-Aqsa.Ini benar,wakil Palestine yang menelefon memberitahu berita ini.Kita diminta membaca surah Yunus:ayat 58-88,dan surah al-Fath ayat 26-27..."


Ini adalah antara rantaian sms yang diterima sejak Palestine diserang oleh Zionist yang tidak berhati perut. Saya juga percaya anda semua juga menerima sms2 memohon agar sama2 mendoakan keselamatan saudara seagama kita disana, terus berdoa agar Islam berjaya, Berdoa agar Allah memberi pertolongan kepada hamba-hambaNya, Harap2nya doa2 dari setiap umat Islam ini akan termakbul, harap2nya semua muslimin dan muslimat akan seikhlas hati menadah tangan memohon dari Satu2nya Yang Maha Kuasa. Semoga kemenangan itu milik kita. Semoga kita akan sama2 menginsafi setiap yang berlaku. Sampai bila kita sanggup mengadap kesengsaraan,melihat kezaliman dan penindasan ke atas yang tidak berdosa...inilah masanya kita hulurkan segala bentuk bantuan,untuk meringankan sedikit dari bebanan2 yang sangat besar dan hebat yang mereka hadapi...

p/s: Salah seorang ahli pasukan Mercy Malaysia yang menghantar bantuan perubatan adalah sahabat saya,semoga Allah melindunginya...

Thursday, January 15, 2009

A Day Without Electricity…



Adusss…tahu tak,sepetang nie,tak de karen(bahasa mak saya) kat umah saya..Dok termenung jer la. Nak dijadikan kebetulan pulak…housemate saya takde kat rumah kena gi meeting untuk pengurusan pertandingan Merentas Desa peringkat Daerah Kuala Selangor. Nak membaca tengah-tengah hari buta dan dalam cuaca panas nie,tak berapa masuk sangat. Maka bersendirianlah saya mengadap Cik acer. Blur punya pasal (kerana bersendirian…huhuhu) saya menggodek2 wireless..apesal taknak ada plak dia hari nih?berapa kali tekan ‘refresh’ dan men‘searching wireless networks in range’ tak berjaya juga. Rupa-rupanye..memang lah takde cik Izzah oii..kan Karen takde..nak hidupkan switch wireless tu macamana?..wakakaka..nasib baik daku tersedar dari mimpi ku yang tak indah itu…Waktu terus belalu..busan sungguh( adala 2 jam dok melangut,lipat baju,makan,kemas dapur,melangut lagi dan lagi dan lagi)..tapi nasib baik di waktu petang ada agenda yang menanti..kena latih budak2 bola jaring. Sekurang2nya ada gak la masa untuk melakukan sesuatu. Tu la baru tau susah dan busannye yer bila bekalan elektrik tergendala..kalau dok zaman batu dulu..apa yer orang2 zaman tu buat? Dorang main batu jer ker erk???

Anak Kecil dan Seketul Batu

Kisah ini saya kutip hasil menggodek2 mailbox yang sudah seminggu tak bersentuh..elok juga untuk buat santapan jiwa...

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Morale of the story: Perhatikan sekeliling kita,masih terlalu ramai insan yang memerlukan perhatian dan pembelaan dari kita,mungkin dengan pertolongan yang sekecil kerikil mampu memberi kebaikan sebesar gunung.

Wednesday, January 14, 2009

Buat baik banyak-banyak!

Kata orang "buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali".Maksudnya,kita sangat dialu-alukan melakukan kebaikan asalkan kebaikan kita tu kena pada tempatnya,betul dengan caranya dan dengan kebaikan yang dilakukan dapat memanfaatkannya kepada diri kita dan orang disekeliling kita. Jangan pula buat baik secara lurus bendul,buat sesuatu yang kita rasa macam baik,tapi sebenarnya akan menyusahkan diri kita dan orang lain(Contohnya bila kita tolong kawan copy assigment kita,niatnya memang la nak tolong,tapi kalau kena tangkap dah jadi kes naya diri sendiri kan..). Buat jahat pulak,confirm lah tak boleh,wajib hukumnya meninggalkan segala jenis kejahatan. Kalau kita cuba2 melakukan satu kejahatan kecil,lama kelamaan kita akan berjinak2 pula dengan kejahatan yang lebih besar,maka tepatlah kata pepatah tu,"...buat jahat jangan sekali".

Saya sebenarnya tertarik dengan firman Allah S.W.T dari surah al-Baqarah ayat 195:

"Berbuat baiklah,Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"

Senang kan nak jadi orang kesayangan Allah...hanya dengan membuat kebaikan. Rasa bahagia sangat membaca frasa ayat..."sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik". Walaupun kita bukanlah orang yang sangat baik,tapi kita bukan juga orang yang suka berbuat kejahatan(maknanya kita cuba untuk jadi baik lah kan..).Sekecil-kecil kebaikan yang kita boleh sangat lakukan ialah mengutip sampah,melemparkan senyuman,berperasaan(berperasangka)baik dan memebarkan salam. Malah kalau nak disenaraikan benda2 baik dan perbuatan2 baik..tentu panjang lebarlah entry saya nie.Sedangkan hanya berniat untuk melakukan kebaikkan pun kita akan dapat ganjaran pahala.

Jom kejar kasih sayang Allah dengan memperbanyakkan kebaikan sesama kita.Boikot barang2 Yahudi dan sekutunya pun kebaikan..mendoakan kesejahteraan orang muslim pun kebaikan..selamat berbuat kebaikan..!

ini gambar anak buah baru saya:Ameer Hamzah(semoga dia jadi sekental Saidina Hamzah)

Tuesday, January 13, 2009

Orang Baru...

Tengah malam semalam saya dikejutkan dengan bunyi alert handphone. Terganggu sebentar tidur yang sangat lena,rupanya sms dari abang saya,dia baru dapat baby boy yang dinanti2 dalam keluarganya pukul 11.20 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (tapi sms saya terima pukul 12.05minit..tengah malam..)terkejut juga,jangkaannya 16 hb Januari..tapi agak awal sedikit, minggu lepas jumpa kakak ipar,nampak ok lagi…tak jangka pulak terawal,saya pun tak sempat kalau nak balik dalam week day..kena tunggu weekend la baru boleh jumpa orang baru,lagipun mak saya yang jaga kakak ipar dalam pantang,so..orang baru tu akan sentiasa la ada dirumah(sangat suka rumah yang berbau baby..wangi…)..erm..bila pulak saya akan dapat baby sendiri??? Soalan yang tidak berjawapan..(tak lulus oleh lembaga peperiksaan..huhuhu)

Sunday, January 11, 2009

Super Duper Women...

Menjadi manusia luar biasa..hebat..dipandang tinggi oleh semua manusia..extraordinary bunyinya..seakan mustahil untuk digapai.
Namun sebagai seorang manusia biasa mungkin kadang kala kita ingin mencapai sesuatu dalam hidup kita yang akan dapat memberi rasa luar biasa dalam diri.Tidak salah mempunyai impian untuk menjadi luar biasa,itu tanda positif dalam diri untuk jadi lebih baik.

Saya membaca majalah Anis(majalah wajib baca saya) keluaran bulan Januari.Topik bulan ini adalah "Kuasa Hijrah: Jadilah Wanita Luar Biasa". Tengok tajuk jer dah rasa tertarik,bagaimana nak menjadi wanita luar biasa?mungkin tergambar sukar nak capai tahap luar biasa itu,kerana luar biasa bermakna bukan yang biasa-biasa, bermakna perlu melakukan sesuatu yang mungkin tak termampu kita lakukan. Namun realitnya begitu ke?siapakah wanita yang layak digelar luar biasa?sudah tentunya wanita solehah itulah wanita luar biasa.

Apakah ciri-ciri wanita solehah?Firman Allah S.w.t:
"Wanita-wanita yang solehah itu adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika(suaminya)tiada kerana Allah telah menjaga mereka" -an-Nisa':34-


Sabda Nabi S.A.W;
"Apabila seorang wanita telah melakukan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kemaluan (kehormatan diri)nya dan mentaati suaminya,maka dia akan memasuki syurga Tuhannya." -riwayat Ibnu Hibban-


Sedar tak?rupa-rupanya Maha Suci Allah, menjadikan sesuatu itu sangat senang untuk dicapai oleh hambaNya. Tidak perlu berkorban apa-apa untuk menjadi luar biasa tidak juga perlu melakukan perkara pelik-pelik untuk menjadi luar biasa di mataNya. Secara kesimpulannya untuk menjadi luar biasa hanya perlu melakukan 5 perkara mudah:
1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. melakukan ibadah yang disuruh
3. Memelihara maruah dan kehormatan diri
4. Taat kepada suami(kepada yang berkahwin)Taat kepada ibu bapa(kepada si gadis)
5. Berpandangan positif untuk sentiasa meningkatkan amalan

Mungkin pada pandangan manusia lain ia bukan sesuatu yang hebat, namun kita tidak perlu manusia sebagai juri yang menilai kita, biar kita kelihatan biasa pada pandangan mereka namun kita disayangi oleh Allah dan kita menjadi hambaNya yang luar biasa mengikut penilaian yang telah digariskanNya.

Saturday, January 10, 2009

Aku merinduimu...ting!tong!

huhuhu..ingat lagi tak iklan tu?kalau tak silap saya iklan bedak ape ntah...zaman kanak2 punya iklan. Tapi saya bukan nak bercerita tentang iklan..saya nak menyatakan KERINDUAN yang amat sangat pada rakan2..sahabat2 blogger dan sesiapa jua yang sudi membaca tulis saya yang entah apa2 tu..thanx a lot..dan saya juga rindu untuk mengetuk keyboard bercerita dan melawat kawan2 lain.

Maaf sangat kerana seminggu yang sangat padat ini..saya langsung tak berkesempatan untuk menjenguk,menjengah,melawat bahkan meninggalkan jejak kasih di 'pintu2 rumah' kalian..rumah saya sendiri tak sempat nak di touch up..(wah..bz mengalahkan menteri dan Perdana Menteri..hwa..hwa..hwa..)

Seminggu nie..saya diserang demam kerana angin masuk badan..sekarang pun masih sakit perut tak hilang2 demam pun tak kebah2..dah masuk hari ke empat. Ubat pun dah nak habis..sekarang nie,time makan memang selalu sangat terlewat. Kadang2 sempat sarapan sekeping roti dan secawan air...petang pukul 4 baru sempat jumpa nasik..tu pun nak menjamah dah tak berselera..(doktor pun dah marah..sibuk sangat kerja..tapi sebenarnya sebab banyak sangat cuti hari tu..bukak sekolah terus jem kepala otak..)

Pagi nie pun saya baru selesai meeting...dan biasalah..ada meeting bermakna ada kerja.Kehidupan perlu diteruskan...kerja dunia,amanah kita di akhirat. Semoga lepas2 nie saya akan berkesempatan bermesra dengan kamu..kamu..dan kamu..semua...insyaAllah..

Saturday, January 3, 2009

Seruan ilahi

Kesibukan sudah mula menjengah. Kalau ikutkan tak cukup mata dan tangan nak menengok dan mnyiapkan segalanya. Sebab tu dah beberapa hari off dari menjengah blog kawan2..maaf sangat2..insyaAllah lepas semuanya selesai dan reda..saya akan kembali bersama2 kalian. Kadang2 sempat membaca entry,tapi tak sempat nak meninggalkan jejak..walau sepatah dua kata.

Jadual minggu nie, sangat padat,hari Isnin..hari pertama sekolah..hari pertama kena hadir assamble..perlu berjumpa dengan GB yang tentu2nya sangat BZ di awal2 persekolahan (tapi kena gak jumpa nak suh dia isi borang pretasi saya dan sahkan segala-gala jawatan yang ada di sekolah)petangnya pula ada appointmnet dengan kawan..lepas tu ada kelas mengaji(budak2 nie dah lama cuti ngaji..takut2 lidah dorang dah keras..dan cikgunye pun nanti mengaummmm aummmm!!!!).

Hari Khamis perlu ke Putrajaya untuk interview pengesahan Jawatan dalam perkhidmatan. Selasa dan Rabu,hari membaca dan mengkaji segala2 stuktur dalam Jabatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kena buka balik buku2 ilmu pendidikan,kaji segala dasar pendidikan,RMK-9 dan macam2 lagi...uihhh..bersengkang mata lah kamu...

Memandangkan saya nak ke Putrajaya, maka pada 1 januari lepas bersempena cuti tahun baru,saya memandu bertemankan adik2 dan mak saya ke Putrajaya..(nak tengok bangunan Kementerian Pelajaran tu kat mana letaknye..)dapat tengok bumbung pun jadi lah..(itu ubat hilang gelabah..hehehe). Selepas berpuas hati dengan struktur bangunan dan bumbungnya,saya terus memandu ke arah Masjid Putra(memandangkan jam dah menunjukkan 4.20). Cadangnya nak solat asar dulu,baru balik ke rumah. Senang sikit kalau dah sembahyang,tak lah terkejar2..walaupun tak sampai 1 jam dari Putrajaya ke rumah saya di Sungai Buluh.

Susah betul nak carik parking..kena tawaf beberapa kali baru dapat petak kosong. punyalah ramai manusia..ada yang berkelah membawa bekalan dari rumah tak ketinggalan para jurugambar amatur dan profesional yang tak lepas peluang berposing mahupun sekadar merakamkan keindahan bangunan2 sekitar Putrajaya. Memang ramai orang.

Saya dan keluarga terus masuk ke dalam Masjid..dah tuajuannya pun nak singgah solat. Ketika kami sampai, belum lagi masuk waktu..jadi kami sekadar duduk di ruang solat sambil menunggu seruan azan. Selepas dalam 5 minit menunggu, maka berkumandanglah azan...(speker kat luar masjid tu confirm boleh didengari oleh hamba2 Allah yang berada di sekitar masjid..)selepas solat sunat qabliatan..saya memerhati sekeliling...(sementara menunggu imam memulakan solat)sungguh sadis..sedih..dan..tak tau nak cakap apa..saff dalam ruang solat wanita..tak sampai satu baris...yang lelaki pula hanya satu saff sahaja yang dapat dibentuk..dan terdapat beberapa orang kanak2 yang berbaris di belakang saff lelaki...

Kenapa berlaku perkara sebegini?dimana hamba2 Allah yang sangat ramai di luar...saya sangat percaya 80% daripada pengunjung pada hari itu adalah orang yang beragama Islam..mereka begitu hampir dengan masjid..saya sangat percaya mereka mendengar seruan azan..seruan ilahi yang mengajak mendirikan solat..memperhambakan diri kepada Maha Pencipta...tetapi mengapa mereka tidak bersegera?

firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman!apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari jumaat,maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggakanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
(Sural al-Jumu'ah:ayat 9)


(barisan saff lelaki)

Ayat ini memang meyebut hari jumaat(solat jumaat) tetapi terpakai untuk setiap kali waktu solat. Bersegeralah kita menunaikan solat,sesungguhnya seruan Allah itu lebih utama dari apa jua perkara di dunia ini. Bukankah Dia yang mencipta kita?maka jadilah hambaNya yang taat...semoga saya dan rakan2 yang membaca akan menjadi hamba yang sentiasa mengutamakan Pencipta..dan semoga Allah mengampunkan dosa2 kita..ameen.

kubah Masjid Putra

luasnya masjid nie...