Sunday, January 11, 2009

Super Duper Women...

Menjadi manusia luar biasa..hebat..dipandang tinggi oleh semua manusia..extraordinary bunyinya..seakan mustahil untuk digapai.
Namun sebagai seorang manusia biasa mungkin kadang kala kita ingin mencapai sesuatu dalam hidup kita yang akan dapat memberi rasa luar biasa dalam diri.Tidak salah mempunyai impian untuk menjadi luar biasa,itu tanda positif dalam diri untuk jadi lebih baik.

Saya membaca majalah Anis(majalah wajib baca saya) keluaran bulan Januari.Topik bulan ini adalah "Kuasa Hijrah: Jadilah Wanita Luar Biasa". Tengok tajuk jer dah rasa tertarik,bagaimana nak menjadi wanita luar biasa?mungkin tergambar sukar nak capai tahap luar biasa itu,kerana luar biasa bermakna bukan yang biasa-biasa, bermakna perlu melakukan sesuatu yang mungkin tak termampu kita lakukan. Namun realitnya begitu ke?siapakah wanita yang layak digelar luar biasa?sudah tentunya wanita solehah itulah wanita luar biasa.

Apakah ciri-ciri wanita solehah?Firman Allah S.w.t:
"Wanita-wanita yang solehah itu adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika(suaminya)tiada kerana Allah telah menjaga mereka" -an-Nisa':34-


Sabda Nabi S.A.W;
"Apabila seorang wanita telah melakukan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kemaluan (kehormatan diri)nya dan mentaati suaminya,maka dia akan memasuki syurga Tuhannya." -riwayat Ibnu Hibban-


Sedar tak?rupa-rupanya Maha Suci Allah, menjadikan sesuatu itu sangat senang untuk dicapai oleh hambaNya. Tidak perlu berkorban apa-apa untuk menjadi luar biasa tidak juga perlu melakukan perkara pelik-pelik untuk menjadi luar biasa di mataNya. Secara kesimpulannya untuk menjadi luar biasa hanya perlu melakukan 5 perkara mudah:
1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. melakukan ibadah yang disuruh
3. Memelihara maruah dan kehormatan diri
4. Taat kepada suami(kepada yang berkahwin)Taat kepada ibu bapa(kepada si gadis)
5. Berpandangan positif untuk sentiasa meningkatkan amalan

Mungkin pada pandangan manusia lain ia bukan sesuatu yang hebat, namun kita tidak perlu manusia sebagai juri yang menilai kita, biar kita kelihatan biasa pada pandangan mereka namun kita disayangi oleh Allah dan kita menjadi hambaNya yang luar biasa mengikut penilaian yang telah digariskanNya.

6 comments:

Tie said...

Oh...kak tie ingin sangat jadi isteri dan ibu hebat... cuba banyak2 bersabar dan redha...disamping perbaiki segala kelemahan yang ada..

Izzah said...

@kak Tie..kita sentiasa kena improve diri kita..yang penting istiqamah...jgn hangat2 taik ayam jer..(serupa org yang bercakap nih..kihkihkih..)

fazemy said...

Tp jd pompuan ni byk bermain dgn emosi..kdg2 susah nk kawal emosi ni..kdg2 terikut sgt prasan amarah. susah nk kawal diri..tp bak kata izzah la kan..kena slalu improve diri..adehh

Anonymous said...

Mula-mula impikan, kemudian berusaha...insyaallah, kan

Pu3 said...

saya mahu dikuatkan iman.. diteguhkan iman ke jalannya..
izzah, nice blog!

Izzah said...

@fazemy--@kujie--
wanita dilahirkan dengan 1001 keistimewaan..

@kirana..
thanx..insyaAllah niat yang baik..baik jugalah yang akan kita dapat.