Carilah hatimu di tiga tempat; temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran,tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Andai tidak jua kau temuinya, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati
Kata-kata ini saya petik dari tulisan Ustaz Pahrol di dalam majalah Anis keluaran Disember 2008. Betapa,setelah membacanya saya sedar..saya sendiri banyak lalai ketika melakukan ibadah..samada ketika membaca al-Quran,mahupun ketika solat..nikmat khusyu' dalam solat dan membaca al-Quran semakin kurang dirasa jika nak dibandingkan masa zaman belajar dulu.
Selalu saya dengar,sekiranya hati sedang gundah-gulana..bacalah al-Quran.Kerana dengan membaca al-Quran hati akan menjadi tenang.Ini bukan omong kosong. Ini bukan kata-kata dusta. Tapi ini hakikat. Ini kenyataan,percayalah..kalamullah tentu dapat melembutkan hati yang rawan. Mungkin anda juga pernah mendengar,kajian yang menyatakan air yang dibacakan dengan kalamullah akan membentuk cas-sac positif pada air itu. Sebab itu apabila ada majlis-majlis bacaan Yasin,ramai dikalangan kita yang membawa botol air untuk dijadikan air Yasin. Pokok yang ditaman dan diperdengarkan dengan bacaan al-Quran akan tumbuh subur berbanding pokok yang mendengar lagu-lagu rock yang menyesakkan. Inikan pula hati manusia. Yang dimiliki oleh Yang Maha Memiliki. Dia berkuasa Membalikkan hati2 kita jika Dia kehendaki. Berdoalah semoga Allah menetapkan hati2 kita,untuk terus berpegang teguh dengan taliNya..terus berada di jalanNya dan ditetapkan iman kita kepadaNya.
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw; Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), Dan ia akan kembali asing pula. maka beruntanglah orang-orang yang asing - H.R. Muslim
p/s: semoga kita dikalangan orang2 yang beruntung..ameen..
6 comments:
Eloklah kerana saling mengingati....harap2 kita semua dapat manfaat dari ini.
Izzah..saya rasa beruntung sbb pandai baca quran. sbb skrg org yg saya kenal ramai tak tahu baca quran. sedih sgt. syg..diorg tak dpt sucikan hati slalu. bila tak reti baca quran..bacaan dlm sembahyang pun ada celanya. bkn nk ckp saya teror sgt tau. saya sekadar pernah belajar. tp skrg saya bangga saya dpt membaca quran walau tidak memahaminya.
Izzah..i pun ada 3 column jugak. hehe. berjaya jugak buat akhirnya. btw..selamat bekerjaya.
@kak Tie..sambil mengingatkan diri sendiri jugak tu..
@fazemy..syukurlah kita boleh membaca kalamullah tu..tapi sedih sangat tengok,org2 islam yang nak menyebut alif ba ta pun masih terkial2..tak tau takpe asalkan ada usaha untuk mempelajarinya..sikit2..lama2 insyaAllah mesti boleh...
p/s:dah tengok blog awak yang 3 kolum tu..cantik..simple..and sweet..
izzah,
bila kita sudah mula mendekatkan diri dgn AlQur'an, insyaallah barakah dari bacaan itu akan dtg menyempurnakan hidup kita. kita kena bergerak tapak demi tapak, dari membaca dan memahami terjemahan dan seterusnya mempelajari tafsirnya...
tk kerana memberi peringatan
sekadar blog hopping..
bersyukur krn kte tergolong antara org2 yg boleh membca kalamullah itu.
nnt, izzah kna baca tafsir die skali jugak.. mesti lagi best..
dan rasakn bhw kata-kata Allah itu ditujukan buat kte...
=)
smoga Allah menetapkn hati kte dlm agama ini
Post a Comment