ku ke kiri,kau ke kanan,
ku di belakang,kau di hadapan,
bila ku marah,engkau ketawa,
dengan selamba dikau berkata,
kita berdua jauh berbeza,
langit dan bumi,tapi serasi,
ku cintaimu,kau cintaiku,
itu saja yang perlu kau dan ku tahu...
Saya tengah tengok citer "Cinta Gila". Suka layan citer nie,kelakar jugak. Sekadar hiburan sebelum layan ngantuk mata. Lagu nie pun best gak,lagu Juliana Banos zaman2 masih popular dan glamer gitu. Skang dah tak dengar citer,sejak jadi isteri and mama.
Berbalik pada lirik lagu kat atas tu. Memang ramai orang cakap. Kalau pasangan yang banyak perbezaan selalunya akan kekal. Kalau yang banyak persamaan plak jarang berpanjangan. Alasannya bila banyak perkara yang dibuat sama lama-lama jadi boring sebab takde benda baru yang nak di explore. Kalau yang contra plak seronoknya sebab setiap hari kita akan belajar menerima something yang baru dari pasangan kita,walaupun mencabar tapi lama kelamaan jadi advanture yang menarik.
Betul ker?saya tak tahu. Mungkin ada benarnya,tapi mungkin juga tidak. Sebab selalu juga kita dengar alasan orang bercerai kerana tidak serasi. Kalau tak serasi maknanya apa sahaja yang dibuat nak kena pada pasangan kita,tak sefahaman dan tak leh ambil kata sepakat. Erm...macam-macam kan.
Apa-apa pun,saya percaya dalam sebuah perhubungan yang penting kita menerima pasangan kita seadanya. Terima kelebihan dia, hayati kekurangannya,mungkin di situ kita nampak uniknya pasangan kita. Sebuah perhubungan perlu usaha untuk menjayakannya. Tanpa usaha hubungan akan menjadi hambar. Jangan bersikap lepas tangan,kerna nanti cinta itu akan pergi lepas begitu sahaja.
Ini hanya pendapat dan kesimpulan yang saya fikirkan,bukan dari pengalaman tapi dari pengamatan senario sekeliling.
Hargailah cinta. Bertanggungjawablah kepada cinta anda...
P/s:sepatutnya post entry nie mlm tadi..tapi titibe elektrik takde..