Monday, March 16, 2009

Berehat Di Alam Barzakh.

Seminggu sudah sambutan Maulidur Rasul berlalu, namun saya masih teringat pesanan seorang ustaz ketika menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul di perkarangan surau di kawasan perumahan saya dalam renyai-renyai pagi yang indah.
"Gunakanlah waktu hidup di dunia ini untuk terus bekerja dan berusaha meningkatkan amalan...buatlah sebanyak2 kebaikan,lakukanlah apa sahaja yang di perintahkan. Jangan bermalas2an semata2 ingin menggunakan sedikit waktu untuk berehat..apabila mendengar azan..segerakan bersolat,apabila orang meminta pertolongan jangan bertangguh memberi khidmat..kerana bila kita lalai,semata2 untuk berehat dan bersenang2 di dunia..ingatlah..mungkin waktu rehat kita itu akan Allah gantikan dengan siksaan di dalam kubur. Jadi mengapa kita berkejar2 waktu rehat di dunia untuk mendapatkan waktu hidup di barzakh yang menyiksakan..bukankah lebih baik kita mengejar waktu rehat di barzakh itu dengan menyempurnakan amalan kita di dunia.”


Apabila mendengar bait-bait kata dari ustaz itu membawa saya kepada ingatan Rasullullah S.A.W tentang memanfaatkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu:
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati...


Mungkin kita biasa dengar tentang ingatan ini. Tapi sejauhmana kita mengambil berat tentangnya itu yang lebih utama. Kita sering mendengar nasihat,teguran dan mungkin ajaran orang..tapi seriuskah kita mengambilnya sebagai iktibar pada diri kita? benar2kah kita menjadikan ianya sebagai pemangkin kepada perubahan hidup kita kepada yang lebih baik? atau sekadar kita dengar,baca tapi kita tidak amalkan,biarkan sahaja ingatan yang baik ini berlalu begitu sahaja.
Hidup kita adalah untuk saat kita bernafas ini. Sesaat nanti kita sendiri tak tahu apa yang bakal berlaku. Adakah nyawa kita masih akan dipinjamkan untuk sesaat yang akan datang? adakah sihat kita saat ini akan kekal untuk sesaat akan datang? mungkinkah masa lapang kita sekarang ini akan terus kekal tenang?yang pasti kita tak kekal muda..dan muda bukan jaminan kita hidup lama. Bukan semua orang mati ketika tua..banyak juga yang pergi ketika masih muda belia.


Gunakanlah masa muda kita sebaik2nya. Manfaatkan ia untuk kebaikan diri kita dan insan2 disamping kita. Kerana bahagia yang kita cari bukan setakat bahagia dunia, tapi yang dikejar itu,yang hakiki di akhirat nanti.

4 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Begitulah manusiakan? Kekadang alpa dengan kewajipan..
Semoga ingatan ini memberi kesedaran kepada semua kerana aku merasakan aku juga seringkali alpa..

semoga kita terus 'bekerja' untuk mendapat rehat di alam barzakh..

Thanx for sharin dear friend..

nahmy said...

syukran atas ingatan. gitula selalunya yg terjadi pd manusia...lupa, alpa & lalai. sedangkan dlm wal-asyri dah Allah nyatakan yg mmg 'dlm kerugian'...jadi kita sesama cari apa yg boleh 'menguntungkan' kita di kemudian hari kelak....wallahualam.

Tie said...

Alhamdulillah.......

Moga2 kita semuanya akan terus beringat2, ya...

izzah said...

@LOL-Pearls
@nahmy
@Tie
kita mendengar pesanan orang..dan kita sampaikan sebagai ingatan buat diri sendiri yangalpa juga..