Seumur hidup kita, sering kali kita dibekalkan dengan kisah-kisah dongeng yang mengkhayalkan. Kita dibesarkan dengan kisah-kisah hidup si gadis yang kehidupannya sukar namum berakhir dengan kebahagiaan yang tidak pernah dia impikan. Ceritera dongengan tentang hidup ini perlu bersusah-susah dahulu, bersikap baik dengan semua orang walaupun orang itu sejahat-jahat manusia yang pernah kita kenali. Kita juga perlu membalas setiap perbutan manusia itu dengan kebaikan walaupun mereka sering melakukan kejahatan kepada kita. Menjadi manusia yang paling sabar dalam menghadapi segala cubaan kerana akhirnya nanti akan terhidang segala bentuk kebaikan kepada kita kerana kita telah memberi kebaikan yang banyak kepada orang lain dengan seikhlas hati.
Kadang-kala kita berfikir secara logik, adakah manusia sebaik dongengan ini dalam hidup yang sebenar? benar-benar wujudkah mereka? sangat mulia manusia ini. Itu hakikat dalam sebuah cerita rekaan yang mungkin pada pendapat perekanya untuk menanamkan sikap-sikap positif kepada kanak-kanak. Pengajaran yang sangat baik jika kanak-kanak ini boleh berfikir dengan baik.
Sering juga kita dihidangkan dengan kisah-kisah lelaki gagah yang berani menegakkan kebenaran walau dengan apa cara sekalipun demi keamanan dunia. Mereka melakukan kebaikan dengan membantu orang-orang yang lemah dari ditindas oleh orang-orang jahat yang ingin menguasai dunia. kaikhlasan mereka tertonjol dengan sifat merejka tidak menunjuk-nunjuk dalam melakukan kebaikan. Mereka akan muncul dengan wajah dan karektor yang berbeza ketika menyelamatkan orang lain, sehingga mereka dipuja-puja. Apabila mereka menjadi orang kebanyakkan, tiada siapa yang tahu tentang kebaikan dan kewujudan mereka.
Ya...mereka kelihatannya ikhlas menghulur bantuan, tanpa mahu mengharapkan balasan. Mereka tidak pernah mengharapkan orang tahu tentang kebaikan yang mereka hulurkan dan mereka tidak pernah meninggalkan jejak untuk orang lain mencari mereka untuk memberi penghargaan. Sangat sempurna.
Kehidupan dalam sebuah imaginasi memang memberi banyak harapan kepada manusia yang berada di dunia realiti. Kita hanya perlu membuat kebaikan untuk mendapat kebaikan. Walau seteruk manapun dugaan yang kita hadapi, andai kita laluinya dengan sabar dan ikhlas tentu kita akan mendapat sesuatu yang lebih berharga dari apa yang telah kita berikan kepada orang lain.
Aturan hidup itu akan menjadi mudah apabila kita memudahkannya. Ia akan menjadi sukar bila kita melihat ianya sebagai satu kesukaran.

Saya menulis...saya berfikir...dan...saya berharap saya juga mampu menjadikan kehidupan saya sepositif yang saya harapkan...saya terus berharap...
7 comments:
assalamualaikum...:)
Penderitaan merupakan penyakit yang utama yang dialami semua makhluk, bukan saja penderitaan jasmani tetapi yang terutama penderitaan hati dalam bentuk cemas, takut, putus asa, salah faham, dan lain-lain.
Bahagia kerana telah banyak melakukan perbuatan-perbuatan baik, sehingga di manapun nantinya ia tinggal, kebahagiaan akan selalu menyertainya.
Dear Sweet Friend..
Terus Berharap..
Thanks for ur words and support.
Love it..
Lets enjoy our life..
jangan berhenti berharap...
.
.
.
.
The miserable have no other medicine
But only hope.
enjoy life seadanya. 'hidup adalah satu amanah & kehidupan itu adalah satu anugerah'. salam eidul adha.
Salam Izzah, harap itu satu cita-cita. Cita-cita itu satu destinasi. Destinasi itu satu perjalanan. Perjalanan memerlukan masa yang panjang untuk memenuhi sebuah pengharapan. Pengharapan memerlukan 1 pengorbanan. Salama aidil adha.
Izzah,
Kak Tie selalu lihat kehidupan ini dari sudut positif. Ia banyak membantu, terutama bila dilanda musibah dan dalam kesedihan.
assalamualaikum.
harap akak chat sentiasa.cuti2 malaysia da jalan ke mana yer kakak.
kehidupan kiter xlengkap tanpa manusia di sekeliling kiter,namun manusia itu pelbagai rupa,jenis dan ragam..terpulang kepada individu itu utk mencorak hidupnya samada penuh dgn norma kebaikan atau sebaliknya. yang penting,bila jg hubungan baik dan ikhlas dgn semua org pasti kiter disenangi oleh semua.insyaAllah..what u want in ur life?be hepy..that's right..kina sentiasa doakan kebahagiaan akak
Post a Comment