Kita berdoa untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup,walau hakikatnya kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita. Sememangnya bukan hak kita untuk mengetahuinya..Allah jua Maha Mengetahui,hak kita berdoa dan memohon kepadaNYa.
Bila Allah melorongkan jalan untuk kita mendapatkan yang terbaik itu,kadang-kala kita tidak sedar itu adalah option yang Allah berikan untuk kita. Kita selalu leka,lalai dan mungkin juga kita tidak mahu sedar itulah optionnya. Sebab kita tak rasa itu yang terbaik untuk kita,walau hakikatnya kita tidak tahu hikmah disebaliknya.
Bila Allah meletakkan option yang jauh dari senarai kateria yang kita mahukan,semudah-mudahnya kita memandang rendah padanya dan membiarkan ianya berlalu tanpa cuba menjengah apa relatifnya ia pada kita. Bilamana pula option yang diberikan melangkaui apa yang ada dalam fikiran,kita akan menaggapkan terlalu berlebih-lebihan dan sangat berat untuk ditanggung badan tanpa kita lakukan apa-apa ikhtiar untuk cuba melaksanakan.
Sifat manusia ini memang banyak beralasan, banyak ber'kalau-kalau' sampai satu masa tiada yang cuba kita usahakan. Sedang Allah telah mengajar kita untuk berusaha dan berikhtiar sedaya mungkin serta serahkan segala usaha itu kepada Yang Maha Berkuasa.
saya:
berharap semoga saya sentiasa alert kepada option yang Allah berikan...dan boleh sedayanya lari dari memandang mudah semua perkara..insyaAllah...
3 comments:
Assalamualaikum...
Hendaknya kita rela dan menerima pilihan Tuhan yang Maha Belas Kasih lagi Mengetahui dan Bijaksana itu, walaupun pada lahirnya pahit dan pedih rasanya, namun itulah yang terbaik bagi kita, kerana itu bila berdoa, tetapi masih belum juga tercapai keinginan kita, janganlah putus harapan
@Abd Razak
waalaikumsalam..
insyaAllah..usaha tangga kejayaan..
teruskan berdoa..dan bertawakal..
Greeat reading this
Post a Comment