Keluar rumah pagi tadi hujan gerimis tak gerimis...lebat tak lebat...tapi boleh kuyup lah kalau berjalan dalam hujan ala-ala hero-heroin hindustan tu. Sampai simpang kat depan rumah,macam biasa mesti menoleh ke kiri bahu jalan, sekadar memandang makcik jual nasik lemak. Kalau dia terpandang,saya angkat tangan...kalau dia tak pandang,saya teruskan perjalanan.
Selalunya seawal 6.30 pagi gerai dia dah penuh dengan orang yang nak membeli nasi lemak atau kuih muih...sebab tu kadang-kadang dia tak terpandang saya yang memang lalu depan gerai dia tiap-tiap hari. Kadang-kadang saya rajin jugak singgah membeli kat gerai dia bila tak sempat nak buat sarapan kat rumah. Gerai dia antara yang terawal beroperasi,sebab tu sentisa menjadi pilihan penduduk sekitar kawasan perumahan saya tu.
Pagi tadi,gerai dia kosong...takde pelanggan,mungkin sebab hujan. Bila saya pandang ke gerai dia,hati saya jadi sayu pulak...kesian mak cik tu takde pelanggan..saya pun memang tak sempat nak singgah...masih beralaasankan hujan dan kebetulan hari ni mak saya goreng nasi,jadi saya bawa bekal nasi goreng ke sekolah.
Hujan tu diumpamakan seperti rezeki...memberi subur pada tanah dan pohon-pohon. Juga memberi air pada sungai dan lautan...tapi kadang-kadang hujan pun jadi punca kepada kesakitan dan kecelakaan seperti banjir. Kadang-kala hujan juga boleh jadi sebab,rezeki kita kurang pada hari itu...apapun kita harus bersyukur,sebab Allah masih beri kita peluang untuk mencari rezeki yang halal dan harapnya berbarakah...
7 comments:
salam singgah...sentiasa bersyukur dgn apa yg diberikan NYA..semoga mendapat rahmat...@mamadiana
pasti ada juga yang singgah cuma mungkin kurang coz of hujan... salah hujan jugak... hehe
pagi tadi i sempat masak nasi goreng. siap makan bertambah tambah.. makin sedap lak nasi goreng i (utk diri sendiri sahaja)..
hahaha
haip! apa ni! mak yg gorengkan nasi!
.
.
lain kali goreng sendiri nasi :P
@P@kcik&mama
singgah2 merapatkan ukhuwah...
:)
@Dear
nak nasik goreng!!!!!
mesti i pun rasa sedap nasi yg u goreng...
sebb makan freee....
:)
@KTS
eleh!
.
.
.
jeles la tuh!
.
.
.
mak dia bagik makan kambing jer...
hehehehe...
Dulu hujan x memento cenggini time hujung thn je...skrg ni awal2 thn pun asyik hujan. Hemmm
Post a Comment