Tuesday, March 31, 2009

Sudah Bersedia?

"Rumah kata pergi,Kubur kata mari"

Sebuah ungkapan yang selalu kita dengar. Kadang2 kita pun selalu menggunakan frasa ini.Bila selalunya kita gunakan ayat nie? kalau tanya saya,jawapannya bila nampak orang tua yang tak sedar diri. Dah tua2 pun berlagak macam orang muda. Tak ingat-ingat..orang kata usia tua tu subsidi jer,anytime boleh mati (Wah..sesuka hati jer kutuk2 orang kan..huhuhuhu..)

Hakikat sebenarnya,kubur memang memangil2 kita,tak kiralah kita tua ke muda ke,baru lahir ke atau dah hidup beratus2 tahun pun, kubur sentiasa melambai2 kita untuk datang kepadanya. Tapi kita je yang buat2 tak sedar diri. Kita je yang buat2 tak tahu. Kenapa yer? mungkin kita selalu ingat kita muda lagi untuk mati,atau kita ingat banyak lagi benda yang kita nak buat,so kita tak leh mati lagi. Betul ke?

Kita di galakkan mengingati mati. Supaya kita sentiasa bersedia menghadapi saat kematian. Bersedia di sini bukanlah bermakna sediakan lubang kubur sendiri, sediakan keranda sendiri atau sediakan kain kafan sendiri usung ke sana-sini.BUKAN begitu.

Bersedia untuk memaafkan,dan meminta kemaafan.
Bersedia untuk bertaubat,dan menginsafi segala perbuatan.
Bersedia melakukan kebaikan,dan memberi kebaikan.
Bersedia supaya kita tak menyesal sesudah kita sampai ke alam lain.

Saat kita hidup,berkasih sayanglah..dengan berkasih sayang kita membina nilai positif dalam diri kita dan nilai itu akan di lihat oleh orang lain.

6 comments:

Unknown said...

rumah pergi kubur kata mari...

kenapa dengan perkataan tu - dikaitkan dengan orr yg tidak sedar diri barangkali.

semuga kita tidak tergolong dalam kelompok umatNya yg dijanjikan kecelakaan.

fazemy said...

Itulah..ramai org tua skrg ni yg nak lawan org muda. Konon ini bkn zmn atok nenek kita dulu yg bila dh tua kena blaja agama byk..pegi skolah pondok..buat preparation unt mati. Kata diorg 'ajal tak kenal usia..baby dlm perut pun akan mati kl dah ajal dia". Itu betul..tp klw dah smpai time kita tu..pilih jelah unt bersedia..bkn jd muda. Erhh nape aku emosional ni. Kata2 emo haku ni bkn ditujukan kpd anita sarawak. bukan.

Dearie Pearls said...

"Bersedia untuk memaafkan,dan meminta kemaafan.
Bersedia untuk bertaubat,dan menginsafi segala perbuatan.
Bersedia melakukan kebaikan,dan memberi kebaikan.
Bersedia supaya kita tak menyesal sesudah kita sampai ke alam lain."

..aku lebih menyedari kini. semoga aku senantiasa mengingati kematian dan pemergian cousin hari tu banyak menyedarkan aku..
thanx for sharin dear.
I like it.

Izzah said...

@Jinggo
idea datang selepas student tanya apa makna ungkapan itu sebenarnya..
jadi saya fikir,mungkin ramai yang masih kurang faham maksud kata2 itu sebenarnya..
saya sendiri barangkali kan..

Izzah said...

@fazemy
betul3...
ramai org sekarang yang sentiasa ingin muda..
takut sangat dengan tua..sebab tu dorang pretent to be muda..manusia kan..

Izzah said...

@LOL-Pearls
semoga kita pun akan sentiasa beringat untuk bersedia..