Monday, March 23, 2009

Takdir itu datang tidak bersyarat.

Bukan salah dia. Bukan salah sesiapa. Sudah takdir,tiba ajalnya. Mana mungkin ajal itu bisa ditangguh-tangguh. Izrail telah menjalankan tugas yang diperintahkan oleh-Nya. Mengapa mereka terus mempersoalkan?mengapa mereka terus bertanya-tanya? Kasihanilah dia. Dia tak pernah mahu semua ini terjadi. Dia tak pernah minta dia yang dia menjadi penyebab kepada sebuah kedukaan.


“kalau dia hati-hati tentu benda ni tak jadi!mesti pakcik tu hidup lagi saat ini!”

Lantangnya kata-kata itu. Diakah yang menentukan hidup mati seseorang? Di tangan dia jugakah ajal maut itu dipertanggungjawabkan?

Seorang encik berkata:
“salah budak tu!aku tak tau pulak pak cik tu orang kampong aku. Kalau aku tau,aku memang belasah budak tu cukup-cukup!nasib baik la aku kena ambik anak aku petang tu..kalau tak…nahas dia!”

Seorang cik membalas:
“encik ada ke kat tempat kejadian?encik nampak ke apa yang berlaku?encik saksikan sendiri kemalangan tu?”

Encik itu membela diri:
“memang aku tak nampak!tapi aku tau budak tu salah!”

Tak nampak,tapi berapi-api dia mengatakan salah orang itu. Just like he has a sixth sense. Dia memang macam tu. Semua orang kenal dia. Suka berapi-api. Tapi sebenarnya hampeh!

Sejak kejadian tu,macam- macam versi orang bercerita. Nak tambah jadikan sedap. Sampaikan jauh benar dari reality sebenar. Cakap-cakap orang…kalau tak di tokok tambah,tak best la pulak,tak de thrill. Tak de jugak suspennye.

“dengar-dengar orang cakap,budak tu tengah frust bercinta,sebab tu dia tak concentrate masa drive sampai dia melanggar orang”

Nonsense! Budak tu dalam emosi yang sangat stabil. Tak de masalah cinta. Bakal suami pun sangat baik dengan dia. Mereka yang bercerita tu kenal ke dengan budak yang diorang dok cerita tu? Tak kenal kan? So…buat ape susah2 nak create cerita..saje suka-suka tambah dosa. Dosa yang ada tak cukup banyak la tu. Dan correction yer! Dia tak langgar pak cik tu,tapi pak cik tu yang langgar belakang kereta dia. Dan pak cik itu meninggal kerana pendarahan yang banyak di kepala kerana terhantuk pada jalan.

Dia sendiri sangat trauma,terkejut dan murung selepas kejadian. Dia tak pernah nak jadi pembunuh. Kebetulan Allah meletakkan dia di tempat itu. Dia sudah berhati-hati. Takdir Allah menulis pak cik itu akan melanggar belakang keretanya pada hari itu. Dia tidak memandu dengan laju. Sudah Qada’ dan qadar Allah ajal pak cik itu tiba.

“tak pe la kak…kami redha,akak jangan salahkan diri sendiri. Memang dah ajal ayah kami. Kalau bukan accident dengan akak pun,mungkin dengan orang lain. Kalau bukan sebab accident pun,kalau dah ajal tak boleh nak kata apa”


Itu kata-kata seorang anak yang redha dengan takdir-Nya. Itu kata-kata seorang muslim yang beriman dengan qada’ dan qadar Allah. Itulah kata-kata yang sangat tulus dari seorang insan yang punya rasa kemanusian. Kerana dia tahu takdir Allah itu pasti.

Morale of the story; Hidup itu pasti. Mati itu juga pasti. Tiada siapa yang boleh melewatkan walau sesaat pun waktu kematian yang telah Allah janjikan. Seorang muslim perlu ingat,setiap kejadian adalah dalam perancangan Allah. Kita boleh berusaha,kita boleh berikhtiar, kita boleh selalu ingat-mengingati, kita juga boleh berputus asa. Tapi Allah yang Maha Berkuasa. Kita bertawakkal, yakni berserah diri kepada Allah selepas kita berusaha dan ikhtiar. Berimanlah kepada Allah semaksima mungkin. Kita takkan jadi hamba-Nya yang berputus asa.

7 comments:

Unknown said...

kerana hidup itu PASTI.
hanya kita yang kadang2 tidak PASTI
hidup dengan penuh perasangka..
kerana kita adalah apa yg kita fikirkan...

minta dipermudahkan
dan dijauhkan dari bisikan ketidakpastian...

Anonymous said...

Tiba-tiba teringat ayah

"kalau terjadi apa2....kalau sampai ayah mati pun.. jangan nak salahkan sapa²..mmg telah ditakdirkan ajal ayah mcm ni "


kata2 ayah masa kena langgar dgn gadis myvi hijau.

Setiap org ada jalan hidup dan takdir masing² dan kalau kita redha...kita akan terima semua tu dgn rela.

hikmah dan pengajaran bukannya utk mereka yg terlibat saja ttp utk kita yg mengetahu.

Dearie Pearls said...

..seorang jejaka memandu lori keluar dari garaj rumahnya. anak buahnya berlari mendapatkannya. dia menyedari dan keluar utk menghantar kanak2 tu masuk rumah. dia memandu keluar dan setelah disedari kanak2 itu telah meninggal. kepala hancur dan otaknya berserakan.

ibu xboleh menerima kejadian itu dan jejaka berkenaan ditempatkan di tempat lain utk sementara kerana si ibu nekad utk membunuh insan yg melanggar anaknya..

jejaka = pakcik kepada kanak2 tersebut.
ibu = isteri kepada abang jejaka.

kekadang realiti itu pahit tapi segalanya dah tersurat. AJAL ditanganNya..

Salam dear friend.
Gud day.

Tie said...

Suratan, takdir, kebetulan... kena terima dengan redha...

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Yang hidup kena ambil ikhtibar agar tidak melakukan kesilapan yang sama...

KTS said...

terlupa dgn Qada dan Qadar... itulah sebabnya menyalahkan org...

manusia mmg suka bersangka2...

Izzah said...

Rukun iman
1.beriman kepada Allah
2.beriman kepada malaikat
3.beriman kepada kitab
4.beriman kepada rasul
5.beriman kepada hari kiamat
6.beriman kepada qada' dan qadar

kalau kita menyakini rukun iman nie..insyaAllah..hidup kita akan jadi tenang...

fazemy said...

Sesungguhnya mati itu benar..dan tidak sesaat pun ajal itu akan berkurangn ketika Izrael dtg menjemput.