Saturday, July 4, 2009

Dari Cermin Keretaku.

Cuaca masih panas. Terasa lambat benar masa berlalu. Jam di dashboard dah menunjukkan pukul 7:15 petang. Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa 10 minit dah jadi setengah jam. Bosannya. Time-time macamnie lagu semua channel radio jadi tak best langsung. Kejap lagi dah maghrib. jalan masih tersengguk-sengguk macam siput mengantuk.
Saya mengerling cermin pandang belakang. Seorang wanita,gaya macam nurse, pakai baju putih (ala-ala uniform nurse) dengan tudung putih sedang asyik bergayut dengan telefon bimbit ditangan. Dah agak lama jugak dia bergayut. Dari tadi lagi...begitu asyik...begitu seronok ...bergelak ketawa..mesti tengah cakap dengan mambang dia. Liok lentok gayanya memungkinkan agakan saya. Mesti dia tak sebosan saya. Tapi sekurang-kurangnya saya masih menjaga keselamatan diri di jalan raya. Saya tak suka bercakap di telefon ketioka sedang memandu. Bahaya. Kalau terpaksa cakap pun benda2 penting je,pastu saya akan letak semula phone.
Saya memandang ke kereta hadapan. Seorang lelaki berambut pacak,gaya budak2 muda sekarang (eh...saya pun masih muda..uhuk..uhuk...) pemandunya saya tak pasti, sebab tak nampak kepalanya. Yang pasti si pemandu sedang memegang bedak compact dan nampak sangat busy menempek2 bedak. sesekali lelaki berambut pacak akan membetulkan make-up si pemandu (gayanya macam pengkritik gitu) dan setelah di amati, si lelaki berambut pacak itu ala-ala lembut gitu.
Kereta bergerak perlahan-lahan. Saya memandang semula ke belakang. Wanita itu dah tak bergayut lagi. nampak wajahnya pun sekarang seperti orang sedang boring. Sama macam saya. mungkin juga dia sedang memerhatikan saya,sama seperti yang saya lakukan.
Saya menghala pandangan ke hadapan semula. Saya sudah boleh melihat si pemandu di hadapan. Oh...seorang lelaki cantik...ruginya...kalau dia jadi lelaki hensome adalah lebih baik. Tapi dia memilih untuk menjadi cantik...erm,satu pilihan yang salah. Walaupun dia memilih menjadi lelaki secantik perempuan, tetapi dia merokok.Lelaki....
Tiba-tiba jalan kembali bergerak lancar...kereta di hadapan laju memecut..saya juga meluncur pantas. Nak balik rumah..dah penat..nak mandi..nak makan..laparnya......

Cerita pagi tadi:
Saya jumpa LOL di YM...saya terus tegur dia...malamgnya,sejurus saya menegurnya dia terus hilang...niat di hati nak bertanya khabar,dah lama tak bersembang dengan LOL yang baik hati. LOL...if you read this entry,i just wanna to tell you that we miss u...

9 comments:

Tirana said...

Ha'a boring sangat kalau terperangkap dalam kesesakan jalanraya..Kak tirana biasanya bawa ipod. Kalau channel radio tak berapa mengancam, dengar ipod aje..hehehe

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Sweety Izzah..
Pls dnt get wrong ok..
I am sorry cnt reply ur msg.
Really sorry..
and im readin ur n3 now.
Thanks for da gentle remainder for me, dear.
So sweet. LOL dh tulis surat minta maaf.
maafkn LOL ok..

me oso miss ya ok.
after 15/7 hopefully tht im available cht with ya.
Im really sorry ok dear.
Pls forgive me..

Sob..
sob..
so sorry if i hurt u dear..
pls forgive ok..

u take care ok..
hv a nice weekend!

Kujie said...

lamanya tak brYM

tak reti nak sembang apa sebenarnya...hehe

pelik!


rasa best juga dpt melihat org..mcm2 ragam

izzah said...

@Tirana
betul2...boring betul...
lagu best pun jadi tak best..huhuhu..

izzah said...

@LOL
it's ok..
kalau kerja bertimbun..mmg tak sempat nak melayan apa pun..
so..permohonan maaf anda di terima..peace..
hehehe..
take care ok...

izzah said...

@Kujie
kak jie..skang nie kalau nak YM dengan kengkawan yang jauh di mata jer..
nama nak berkenal2an dengan kawan baru tu..saya pun dah tak pandai nak sembang apa..

ragam yang macam2 tu yang mewarnai hidup kita..

LotsOfLove-Pearls said...

ye....

thanks ok..
so sweet of ya dear...

gud nite..

hehe..

pu3 said...

lelaki chantik semakin ramai sekarang.
;P


*slalu kena marah ngan mak kalau drive sambil guna hp. ;)

izzah said...

@Pu3
tula...kenapa la dorang suka jadi lelaki cantek kan...