Thursday, July 23, 2009

Kekasih Agung

Telah lama saya ingin mencatatkan sesuatu tentangnya. Tentang kehebatannya. Tentang kebaikkannya. Tentang kelembutannya. Tentang keindahan akhlaknya.Dan segala-gala tentangnya. Betapa sempurnanya dia. Betapa kerdilnya saya.


Tika saya menaip ini pun terasa debaran di hati saya. Terasa kecur liur. Terasa kerdilnya diri saya. Terasa seperti saya sangat naif,sangat lemah. Betapa sombongnya saya, betapa jahilnya saya, dan betapa saya seperti debu-debu yang tidak berguna.


Dialah yang membawa cahaya. Dia yang membuka segala pintu kebaikan. Dia mempersaudarakan manusia yang selama ini bermusuh. Dia memberi harapan yang sangat indah kepada sekalian manusia. Harapannya bukan dusta, impiannya bukan palsu asal sahaja kita mengikut segala apa yang diajarkan. Mengggunakan apa yang di wariskan kepada kita sebaik-baiknya. Al-quran dan Sunnahnya adalah sebaik-baik warisan yang ditinggalkan untuk ummatnya yang sangat-sangat disayanginya.


Dialah Muhammad Sallallahualaiwassallam,pesuruh Allah. Dialah Muhammad Sallallahualaihiwassallam, kekasih Allah. Insan agung yang tiada bandingan.

Setiap kali saya membaca buku-buku mengenai baginda Rasulullah,saya tidak pernah rasa puas. Terasa alangkah indahnya jika saya dapat bersama-sama hidup berjuang dengan baginda. Setaip kali juga bila bercerita tentang kepayahan baginda menyebarkan islam, menghadapi musuh-msuh islam dan bermati-matian menegakkan agama Allah perasaan sebak itu tak dapat saya sembunyikan. Tapi saya sedih kerana anak-anak sekarang tidak pernah menghayati sirah baginda. Saya tidak tahu mengapa, terasa mereka seperti sangat jauh dengan insan Agung ini. Ruginya mereka. Namun saya cuba sedaya upaya untuk membantu mereka mendekati baginda.


Apabila sampai kepada kisah kewafatan Baginda. Airmata memang tak dapat disembunyi lagi. Bila membaca khutbah terakhirnya sayu hati saya. Betapa dia mengasihi kita. Betapa dia rela melakukan apa sahaja untuk kebaikan ummatnya. Tapi apa balasan kita? tiada apa-apa. Bahkan kita terang-terangan melakukan kekufuran. Dapatkah kita bayangkan perasaan baginda. Tentu hancur luluh hatinya. Tentu kesedihannya sangat tidak tertanggung. Alangkah teruknya kita,sombong pada Pencipta,sombong pada Rasulullah, sedangkan dialah yan akan menyelamatkan kita nanti.

Sejahat manapun kita. Sekejam manapun kita. Selagi kita seorang muslim,selagi kita berada dalam agama islam ketika matinya kita nanti. Dia tetap akan memberi syafaatnya kepada kita. Dia tetap akan menyelamatkan kita dari terus di siksa di dalam neraka. Dia tidak sanggup melihat ummatnya tersiksa, kalau boleh sakit ummatnya biar dia yang menaggung. Betapa besarnya cinta dan kasih sayangnya kepada kita. Masih lagi kita ingin menyombong diri dan takbur dengan segala kebaikan yang telah baginda beri pada kita? Masih lagi kita sanggup melukakan hati insan yang sangat lemah-lembut dan baik hati ini?? Masih sanggup lagi kah kita?

Align Center

Banyakkahlah selawat ke atas baginda. Semoga baginda akan mensyafaati kita, dan semoga Allah merahmati kita. Allahumma Solli 'ala Muhammad......

9 comments:

Dearie Pearls said...

Nice for sharing..

Thanks sharing..

KTS said...

aku baru beli buku ttg baginda... rasa sgt kerdil...

Aidil Fadzil said...

salam ziarah...Sirah itu mengajar kita erti kehidupan yang tulen. Ikutilah perjuangan itu.

Faridrashidi.Com said...

Salam,

Sungguh kisah Rasulullah SAW tidak pernah jemu dan terlalu banyak pengajaran yang tak terhingga.. sebut sahaja tentang aspek apa.. semuanya ada.

Jemput ke blog saya, boleh tukar link dan pandangan.

Izzah said...

@LOL
thanks 4 reading..
luv u dear..

Izzah said...

@KTS
rasa tak cukup kan setakat baca jer..macam nak jer ada masa zaman baginda hidup..kan..

Izzah said...

@Aidil Fadzli
terima kasih atas kunjungan..

Izzah said...

@Farid
thanks for the comment..
insya Allah..nnti saya ke blog anda..

nahmy said...

benar tu, jumle perbykkan selawat utk Baginda...kekasih Allah yg 'menyelamatkan' kita di dunia dan insyaAllah akan 'menyelamat' kita diakhirat esok...wallahualam