Bahagia itu dari dalam diri * Kesannya zahir rupanya maknawi * Terpendam bagai permata di dasar hati * Bahagia itu ada pada hati * Bertakhta di kerajaan diri * Terbenam bagai mutiara di lautan nurani * Bahagia itu ada di jiwa * Mahkota di singgahsana rasa * Bahagia itu adalah suatu ketenangan *Bila susah tiada gelisah * Bila miskin syukur pada Tuhan * Bila sakit tiada resah di jiwa * Bukankah Tuhan telah berfirman * Ketahuilah dengan mengingati Allah * Jiwa kan menjadi tenang *Kebahagiaan itu suatu kesyukuran * Bila kaya jadi insan pemurah * Bila berkuasa amanah * Bila berjaya tidak alpa * Bila sihat tidak lupakan Tuhan *Hakikatnya bahagia itu * Adalah ketenangan * Bila hati mengingati Tuhan * Semua insan kan mengerti * Maksud terseni Ilahi * Itulah zikir yang hakiki(kredit: Kumpulan UNIC)
Saya sangat suka dengan lirik lagu ini. Gambaran sebuah kebahagiaan yang sangat menyenagkan. Hakikat kebahagiaan yang sebenar. Pernah kita mendengar kata-kata :
“Perhubungan itu ibarat sebuah rumah,tak perlu cantik,tak perlu mewah. Yang penting kita bahagia hidup di dalamnya”
Bahagia itu sifatnya seni. Tidak boleh dipegang tapi dapat dirasa. Bahagia itu tidak dapat dinilai tapi sangat dihargai. Ia sukar dimaknakan secara terperinci, kerana setiap manusia akan merasa bahagia yang berbeza-beza.
Ada yang mencari-cari bahagia. Sehingga menjadi lelah kerana tidak pernah berjumpa bahagia. Tapi hakikatnya bahagia itu kadang-kala ada di depan mata, Cuma kita buta untuk mentafsirkannya.
Bukan bahagia dengan wang berjuta. Bukan juga bahagia dengan emas bergunung tinggi. Tiada bahagia dalam keseronokan tidak bertepi, tiada juga bahagia jika berpangkat tinggi. Bahagia akan tiba bila kita mengikhlaskan hati. Tenang dalam budi dan pekerti. Serta menerima segala ketentuan dengan rela hati. Bersyukur kepada Ilahi dan merenung ke dalam diri sendiri.Hidup akan lebih bermakna dan bererti.
Tuesday, July 7, 2009
Memakna Bahagia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam...such a nice entry!
org yg bahagia, dia jelas dan amat tahu matlamat hidup, optimis dan menghargai diri sendiri.
Bahagia itu perasaan yg dikaitkan dengan hati, jiwa, fikiran dan rohani. Rasa bahagia itu tidak dapat diterjemahkan dengan ketetapan ayat tetapi dapat dilahirkan melalui jasmani..contoh : ceria
bahagia dengan senyuman yo!
hehehe
@Kujie
ceria-ceria selalu yer...
@maza
pokcikkkk!!!
senyum sokmo!!!
Post a Comment