Saturday, July 18, 2009

Bunga Tahi Ayam

Titibe citer pasal bunga tahi ayam plak. Kenapa lah bunga yang boleh dikatakan cantik ini dinamakan dengan nama yang tak best??? ‘bunga tahi ayam’..kenapa yer? Nak kata rupanya macam tahi ayam…tidak…bau dia macam tahi ayam…erm…yer ker??? Tak lah kan…takde la busuk macam bau tahi ayam tu. Nak tau nama saintifik dia? Lantana camara…sedap kan…ok jer nama tuh..baru la sesuai. Dan ada satu bunga yang memang sebijik macam bentuk bunga nie dikenali pulak dengan nama bunga ‘Marigold’ Sebab warna dia yang kekuningan tu menyerupai warna ‘gold’ atau emas.

Nama bunga nie khabar-khabarnya akan di tukar kepada nama ‘bunga carnation malaysia’ kerana rupanya yang seakan-akan bunga carnation. Tapi saya sendiri kurang pasti samada sudah diwartakan atau belum nama barunya yang lebih sedap di dengar nie. Saya juga percaya tentu bunga ini tak sabar2 nak menukarkan namanya supaya lebih enak disebut dan didengar.

Kalau anda semua nak tahu bunga nie pun ada kelebihannya juga. Banga ini mempunyai antiseptic yang sangat bagus untuk merawat luka. Lendir yang keluar dari daunnya selepas diramas berfungsi sebagai antiseptic yang akan menghentikan pendarahan, mengelakkan enfeksi dan luka akan lebih cepat sembuh. Selain sebagai antiseptic untuk luka, daunnya juga boleh digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh pada anggota badan.

Bukan calang-calang rupanya pokok bunga tahi ayam nie. Banyak manfaat yang kita boleh dapat dari tumbuhan nie. Jadi kalau tanam di sekeliling rumah pun berbaloi. Bunganya cantik,daunnye serbaguna, nak jaga pun mudah. Tak salah kalau kita kormesialkan pokok ni. Dulu masa zaman kanak-kanak saya selalu jumpa pokok bunga tahi ayam nie tepi jalan. Tapi sekarang nie dah jarang-jarang nampak. Dah nak pupus jugak ker pokok nih?

The beautiful of Latana Camara

Thanks to KTS..sebab baca teka-teki dia lah saya rasa membuak2 nak tahu apa bestnye bunga tahi ayam ini...('v')

12 comments:

Dearie Pearls said...

Hye Izzah..
Happy weekend..

"Lantana camara?"

cantiknyer nama..
elok ar rtukar nama dier..
LoL suka bunga tue..
bunga tahi ayam..

Izzah said...

@LOL-Pearls
hye LOL..kerja yer...same la kita..
tu la..bunga punya cantik..tapi nama hampeh..sian kat bunga tuh...

Tirana said...

Kat kampung banyak bunga tahi ayam..merata dia tumbuh..baru hari ni tahu khasiat dia...terimakasih kerana berkongsi ilmu.

Izzah said...

@Tirana
saya pun baru tahu kak...banyak kelebihan bunga nie sebenarnye..

Dearie Pearls said...

wohohoho....
new pict...
ingatkan kenalan baru.
hehehe....

pink gitu..

Izzah said...

huhuhu..
kenalan dengan rupa yang baru..
wakakkaka..

Unknown said...

bunga taik ayam..
kenapa dengan nama tu...mungkin sebab dia cantik.macam biasalah kut.nenek moyang kita dulu...
berkias tak nak bagi orang ambik.
diletaknya perkataan taik kat situ...

selamat bunga tu...

cgu - tadi saya jumpa pokok pukul bini mati laki....

Anonymous said...

Bunga taik ayam??

Awat lagu tu eh?? Nama pun busuk rasa nak dengor..

Apapun, walopun namanya bunga taik ayam, dia mmpu gembirakan kita kan..

maza said...

Orang dulu2 kata, bunga ini tumbuh melata.. tak ada nilai ketika itu..

tambahan pula ia tidak memberikan keharuman.. sesetengahnya menghasilkan bau busuk seperti taik ayam lencong.. huhuhu. hangit beb

heheehhe

Izzah said...

@jinggo

pokok pukul bini mati???amboi panjangnye nama pokok tu..dah lah panjang..ngeri pulak mendengarnye..

Izzah said...

@arryani
kak yan..bunga semua cantik..bunga periuk kera pun cantik pada saya..cuma namanya saje yang kadang2 macam tak kena..

Izzah said...

@maza
pokcik...tu belum kena taik ayam candu..uihhh lagi la..tak dapek nak bayangkan busuk eee...