Saturday, January 3, 2009

Seruan ilahi

Kesibukan sudah mula menjengah. Kalau ikutkan tak cukup mata dan tangan nak menengok dan mnyiapkan segalanya. Sebab tu dah beberapa hari off dari menjengah blog kawan2..maaf sangat2..insyaAllah lepas semuanya selesai dan reda..saya akan kembali bersama2 kalian. Kadang2 sempat membaca entry,tapi tak sempat nak meninggalkan jejak..walau sepatah dua kata.

Jadual minggu nie, sangat padat,hari Isnin..hari pertama sekolah..hari pertama kena hadir assamble..perlu berjumpa dengan GB yang tentu2nya sangat BZ di awal2 persekolahan (tapi kena gak jumpa nak suh dia isi borang pretasi saya dan sahkan segala-gala jawatan yang ada di sekolah)petangnya pula ada appointmnet dengan kawan..lepas tu ada kelas mengaji(budak2 nie dah lama cuti ngaji..takut2 lidah dorang dah keras..dan cikgunye pun nanti mengaummmm aummmm!!!!).

Hari Khamis perlu ke Putrajaya untuk interview pengesahan Jawatan dalam perkhidmatan. Selasa dan Rabu,hari membaca dan mengkaji segala2 stuktur dalam Jabatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kena buka balik buku2 ilmu pendidikan,kaji segala dasar pendidikan,RMK-9 dan macam2 lagi...uihhh..bersengkang mata lah kamu...

Memandangkan saya nak ke Putrajaya, maka pada 1 januari lepas bersempena cuti tahun baru,saya memandu bertemankan adik2 dan mak saya ke Putrajaya..(nak tengok bangunan Kementerian Pelajaran tu kat mana letaknye..)dapat tengok bumbung pun jadi lah..(itu ubat hilang gelabah..hehehe). Selepas berpuas hati dengan struktur bangunan dan bumbungnya,saya terus memandu ke arah Masjid Putra(memandangkan jam dah menunjukkan 4.20). Cadangnya nak solat asar dulu,baru balik ke rumah. Senang sikit kalau dah sembahyang,tak lah terkejar2..walaupun tak sampai 1 jam dari Putrajaya ke rumah saya di Sungai Buluh.

Susah betul nak carik parking..kena tawaf beberapa kali baru dapat petak kosong. punyalah ramai manusia..ada yang berkelah membawa bekalan dari rumah tak ketinggalan para jurugambar amatur dan profesional yang tak lepas peluang berposing mahupun sekadar merakamkan keindahan bangunan2 sekitar Putrajaya. Memang ramai orang.

Saya dan keluarga terus masuk ke dalam Masjid..dah tuajuannya pun nak singgah solat. Ketika kami sampai, belum lagi masuk waktu..jadi kami sekadar duduk di ruang solat sambil menunggu seruan azan. Selepas dalam 5 minit menunggu, maka berkumandanglah azan...(speker kat luar masjid tu confirm boleh didengari oleh hamba2 Allah yang berada di sekitar masjid..)selepas solat sunat qabliatan..saya memerhati sekeliling...(sementara menunggu imam memulakan solat)sungguh sadis..sedih..dan..tak tau nak cakap apa..saff dalam ruang solat wanita..tak sampai satu baris...yang lelaki pula hanya satu saff sahaja yang dapat dibentuk..dan terdapat beberapa orang kanak2 yang berbaris di belakang saff lelaki...

Kenapa berlaku perkara sebegini?dimana hamba2 Allah yang sangat ramai di luar...saya sangat percaya 80% daripada pengunjung pada hari itu adalah orang yang beragama Islam..mereka begitu hampir dengan masjid..saya sangat percaya mereka mendengar seruan azan..seruan ilahi yang mengajak mendirikan solat..memperhambakan diri kepada Maha Pencipta...tetapi mengapa mereka tidak bersegera?

firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman!apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari jumaat,maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggakanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
(Sural al-Jumu'ah:ayat 9)


(barisan saff lelaki)

Ayat ini memang meyebut hari jumaat(solat jumaat) tetapi terpakai untuk setiap kali waktu solat. Bersegeralah kita menunaikan solat,sesungguhnya seruan Allah itu lebih utama dari apa jua perkara di dunia ini. Bukankah Dia yang mencipta kita?maka jadilah hambaNya yang taat...semoga saya dan rakan2 yang membaca akan menjadi hamba yang sentiasa mengutamakan Pencipta..dan semoga Allah mengampunkan dosa2 kita..ameen.

kubah Masjid Putra

luasnya masjid nie...

7 comments:

fazemy said...

Itulah..buat masjid besar2 2,3 kerat je yang dtg berkunjung. sedih btol.

puspawangi said...

Salam,

Betullah apa yang Izzah cakap tu, kak Puspa pun pernah mengalaminya...sepi je masjid tu, tapi besar gedabak, cantik pulak tu. Rasa sedih je...akak teringat pulak pasal muda mudi sambut tahun baru baru-baru ni, dengan parti dadah, seks...ingatkan ramai yang dah insaf, rupanya masih sesat lagi. Macam nak dekat kiamat pulak huhuhu.

pusat said...

masjid nie dema guna untuk sembahyang jumaat je... waktu lain memang le camni... tu pun sib baik ade juga satu saf... terfikir tak kalau solat subuh?... huhuh...

en_me said...

bestnyerrr amik gambo mesjid.. kannns

KTS said...

huhuhu... sedihnya kn... kat luar ramai org... tp kat dlm masjid takde org...

mungkin mereka solat lmbt skit kot... (kataku bersangka baik :D)

-salam kenal-

Tie said...

Oo...memang suka dapat sembahyang kat masjid..lebih2 lagi yang cantik gitu..tapi kekadang tak disediakan pakaian sembahyang yang bersih..jadi tak khusyuk lak ..ooo...kena selalu bawak sendiri punya..

Izzah said...

untuk semua...semoga masjid di Malaysia nie,bukan sekadar hiasan dunia..tapi barakahnya kita rasa sampai akhirat sana..