Friday, March 6, 2009

Semangat Seorang Zubayr

Seminggu nie saya memang 'away' from keyboard. Banyak benda sebenarnya bermain di kepala sejak ahad lepas.Tapi kekangan masa menyebabkan segala2nya tertangguh. 28 Februari 2009 saya mendapat seorang lagi ahli keluarga baru. Kakak saya satu2nya selamat melahirkan bayi lelakinya yang ke-3 dan anak ke-5 nya. Bermacam2 komplikasi berlaku sebelum kelahiran. bayi dijangkakan lahir 23.03.09,tetapi pada 27.02.09 kakak dah merasa sakit dan apabila sampai di hospital doktor mengesahkan sudah buka 4cm. Kakak saya di tahan semalam di ward. Dalam kepala dia dah set tak nak lahirkan bayi itu lagi..sebab merasakan tempoh matangnya belum sampai. Namun, kerja Allah nak takdirkan anaknya itu lahir awal..tak boleh disekat..Allah bersifat Iradah (berkehendak) dan iradah Allah tidak terbatas..walaupun bukaan hanya mencapai 5cm,doktor telah membuat keputusan supaya anak itu perlu dilahirkan walau apa pun terjadi. Demi keselamatan nyawa kakak dan anak dalam kandungannya. Bayi di dapati lemas dalam kandungan,pada mulanya doktor menyarankan agar di lakukan pembedahan,abang ipar pun dah tandatangan surat persetujuan untuk melakukan pembedahan. Tapi takdir Allah, juga dengan kudrat yang ada, ditambah dengan pelbagai anasir luar yang mengganggu(terutama makcik2 nurse di situ)dan dengan izin Allah,akhirnya lahirlah Zubayr Afif secara normal dengan berat 2.6kg. Cerita kakak saya, dia menangis tersedu2 melihat anak yang telah selamat di lahirkan..bersyukur sangat ke dua2 mereka selamat, kerana ada seorang nurse yang tak berapa nak ada sivik cakap "kalau awak tak mati..rasanya anak awak yang mati nie.." ada ke patut dia cakap macam tu..patutnya bagilah perangsang,nasihat dan kata2 semangat..di saat2 pesakit berada dalam saat genting tu..ini mendoakan kematian orang pulak! mak saya dengar cerita nie..sakit betul hati dia..Alhamdulillah segala2nya selamat. Minggu depan saya kena travel ke Johor Bharu untuk melawat anak sedara saya yang baru..tak sabar nak tengok budak kecil yang kuat semangat tu...

Zubayr Afif

11 comments:

KTS said...

lahirnya soerang zubayr...

perginya seorang zubir...

hari ni komposer lagu zubir ali meninggal dunia.

Anonymous said...

salam izzah

mcmtula sikap sesetgh nurse yg 'baik' bkn nak mendoakan yg sedap telinga mendengar...

apepun tahniah krn dpt ank sedara baru

~mrs azmi~ said...

tahniah2!

sukenye bau baby... best!
moga semangat zubayr akan sekental semangatnya ketika hendak melihat dunia.. ameen

Tie said...

Alhamdulillah.........syukur !

Kak Tie tumpang gembira.

Masih ingat lagi, Kak Tie bertarung nyawa ketika melahirkan anak sulong......

Izzah said...

@KTS
eh..ye ke?tak tau plak..hari nie tak jumpa paper lagi..berita tengahari tadi pun miss gak..

Izzah said...

@manje
@~mrs azmi~
@Tie

Terima kasih...seronok bila ramai anak buah..bila berkumpul..mcm2 ragam.. :)

Jie said...

alhamdulillah...tiap org ada jalan tersendiri utk melihat dunia.

fazemy said...

Bersalin kat mana ni Izzah?Klw hospital kerajaan memamngla. Kita ni pesakit cam org bersalah je. Acuh tak acuh je layan. Pastu klw bg makan marah2 la. Hemmm...gomennn..

pgi said...

assalamuallaikum cikgu..
disebalik kjadian ade hkmahny..
jgn layan sgt nurse 2..
nk wk cmne kn..mulut xde insuran..: )

Dearie Pearls said...

huh..
mcm payah jer melahirkan baby kan?
aduh..
tapi tahniah coz dah bertambah anak buah Izzah..
huhu..
Then.. Im comin..
lama plak Izzah xupdate blog eah..
huhu..
bz cikgu neh..

Izzah said...

@LotOfLOve-Pearls
LOL!!!!!
bz banget la...siang malam pagi petang mengadap studnent..sampai tak sempat nak mengadap blog..huhuhu..
cuti sekolah nie leh kot curik2 masa sket..