Friday, February 27, 2009

Kisah kakak itu...

Dua hari lepas seorang rakan mintak tolong saya keluarkan duit dia di bank kerana katanya suaminya telah bank-in kan duit untuk beli susu kerana bekalan susu anaknya yang kecil dah habis. Saya dengan senang hati dan tanpa berfikir panjang terus bersetuju,lagipun kakak tu tak de kenderaan untuk ke bandar. Kebetulan pula,saya memang nak ke bandar untuk urusan kerja. Semasa sampai di mesin ATM bank berkenaan saya pun cucukkan kad, memasukka no pin dan menekan amount yang di pesan untuk dikeluarkan. Kemudia keluar paparan di skrin "harap maaf, baki anda tidak mencukupi,cuba lagi". Lalu saya gatal tangan tengok la baki yang ada, sebab saya berfikir,mungkin saya boleh keluarkan baki yang ada. Terkejut saya bila melihat jumlah bakinya adalah jumlah baki yang wajib ada untuk akaun (rm 10.00).

Balik dari bandar saya pun serahkan kad ATM kakak tu semula dan katakan pada dia,"kak,duitnya takde.." kakak tu dengan perasaan hampa(itu yang saya rasa bila melihat wajahnya) mengambil semula kad bank nya. Mulanya saya takut nak tanya banyak...sebab saya takut nak masuk campur urusan rumah tangga orang..lagi2lah saya takde pengalaman berumah tangga. Tapi saya tiba-tiba teringatkan anak-anak kakak tu yang bersekolah dan susu anak yang dah nak habis..lalu ringan jer mulut saya bertanya "anak2 akak pergi sekolah ada duit belanja tak?susu anak akak ada lagi?"..bila dah terlepas tanya baru saya rasa..patut ke aku tanya nie? kakak tu cuma senyum kelat(sangat2 kelat..dan nampak kesayuan di wajahnya..) "susu tu ada lagi sikit,cukup kot lagi..budak2 tu..ada la sikit duit belanjanya." Dia kemudian ucapkan terima kasih kerana bersusah-payah pergi bank untuk dia,tapi hasilnya takde. Saya bukan kisah pun..saya faham,kakak tu takkan nak tinggal kan anak dia semata2 nak ke bank..tentu dia akan lebih hampa kalau dia sendiri yang mencucuk kad dan melihat duitnya takde. Kisah itu berakhir di situ. Tapi pemikiran saya masih ligat berfikir..kenapa husband dia tak bank-in duit..kalaupun outstation,ingat2 la gak anak bini kat umah nak makan.

Semalam..saya menegur kakak itu "hai kak...!awal hari nie.."sapa saya penuh ceria. Nak bagi mood pagi saya ceria..dan saya harap kakak tu pun akan terseyum mendengar sapaan saya (dan begitulah selalunya..). Tapi hari ini dia jauh berbeza...dia nampak sangat suram...matanya berkaca...dia kemudiannya datang ke tempat saya. "dia selalu buat akak macam nie zah...akak sabar nie,sebab mengenangkan anak2 jer..kalau tak mengenang kan anak2..akak dah mintak cerai!" terpana saya seketika...apa yang saya dengar pagi2 nie..sangat mendebarkan..memang berdebar hati saya bila dengar apa yang kakak tu cakap,lalu saya dengan selembut mungkin mula cuba menenagkannya "kenapa kak?akak,kalau nak mintak tolong dengan saya..akak cakap je la...kalau saya mampu tolong,saya tolong..". Kakak tu diam mendengar kata-kata saya..tapi matanya memandang tepat ke arah anak mata saya...sebenarnya saya menahan air mata. Tidak lama kemudia dia menyambung.."sebenarnya munggu lepas akak masih ada duit simpanan yang akak dah budgetkan untuk belanja mingu nie,tapi suami akak mintak,katanya nak buat duit minyak nak ke JB..dia janji hari rabu dia akan bank in balik duit. Dia tau susu dah susut..dah tinggal sikit..anak2 nak belanja sekolah..akak nie pun..tiap2 hari makan nasik goreng semata2 nak jimatkan duit..tak payah beli lauk...entahlah..akak penat!" panjang lebar penerangan dia pada saya. Saya hilang kata2...saya tahu tentu payah berada ditempat kakak ini. Dia sedang praktikum, elaunnya belum masuk lagi, mungkin pertengahan bulan 3 baru masuk. Bila praktikum,banyak belanja kena pakai nak buat BBM..fotostat itu ini, beli barang untuk set induksi dan macam2 lagi. Tak termasuk belanja rumah, belanja anak2,duit pengasuh, sewa rumah dan macam2 lagi. Dengan elaun RM 1300 sebulan....semua benda dia kena tanggung..memang perit. Saya yang single nie pun masa praktikum dulu semput nak tanggung diri. Inikan dia nak tanggung 2org anak yang bersekolah dan seorang bayi. Saya bagai dapat bayangkan kesulitan itu..sangat sulit...

Saya mengenali kakak itu agak rapat...dia peramah,selalunya ceria...tapi sebenarnya dia sengsara. Derita dengan sifat suami yang selalu buat tak endah. Suaminya bekerja sendiri...selalu berulang-alik dari sini ke JB. boleh dikatakan,rumah hanya persinggahan. Dua minggu sekali baru balik. Hal di rumah semua kakak tu yang uruskan. Duit perbelanjaan pun kakak tu guna duit elaunnya.

"akak telefon dia tak angkat,sms pun tak balas...lantak dia lah.."kakak itu seakan membentak. Tapi,saya mengandaikan...itu kata-katanya ketika sedang marah...tapi saya sangat kesian mengenagkan nasib dia.

Saya masih ingat dia pernah bercerita bagaimana dia bertemu jodoh dengan suaminya. Ketika itu saya bertanya, macamana nak tahu lelaki itu lelaki yang tepat untuk kita? ceritanya, dia menerima suaminya itu kerana suaminya beriya2 inginkan dia. Walaupun ketika itu kakak tu tak berapa suka sangat. Tapi mengenangkan kesungguhan si suami. Hatinya menjadi lembut. Dia tak mengira pangkat,kerjaya atau harta. Dia terima seadanya. Walupun kakak tu berkelulusan universiti,tapi baginya itu bukan ukuran. Pada perkiraanya, lebih baik menerima orang yang benar2 menyayanginya. Tapi akhirnya begini juga. (jadi kata-kata orang bahawa terimalah orang yang menyanyangi diri kita pun..perlu diraguilah kan.....????)

Hari ini, saya memasukkan sejumlah duit ke dalam sampul surat. Saya letak di atas meja kakak itu. Semoga dengan jumlah yang tak seberapa itu..anak2nya akan ada belanja sekolah...makan mereka akan ada berlauk..dan si baby akan dapat bekalan susu dan pempers secukupnya.

**macam2 asam garam rumah tangga..takutnya kalau jodoh dengan orang yang merumitkan..tu la saya sering berfikir..bagaimana nak tahu jodoh kita yang tepat???**

18 comments:

Tirana said...

Izzah...ikut nasib la kan...orang kata perkahwinan ni macam perjudian..memperjudikan nasib sendiri..Untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Payah sekarang ni nak bezakan antara lelaki yang bertanggungjawab dgn yang tak bertanggungjawab. Ada tu kita tengok pakai songkok, pergi surau tak tinggal tapi tak bertanggungjawab jugak pada keluarga. Payah nak letakkan kayu ukur pada lelaki zaman sekarang sebab kadang2 tu ada yang berpura2 alim..bila kahwin, baru dia tunjuk feel sebenarnya. Cuma berdo'a banyak2 agar Allah mengurniakan seorang suami yang baik.

Izzah said...

@Tirana
betul tu kak..perkahwinan memang satu perjudian..tapi jgn plak jadikan perkahwinan sebagai 'test market'..kalo ok teruskan...kalau tak ok cerai..sebaliknya kita kena berusaha menjayakannya..
perkahwinan kan syariat..di tuntut..dapat pahala..jgn pula digaulkan dengan dosa...

saya suka comment akak..senjata orang mukmin..doa..semoga saya dapat suami yang baik..amin...

fazemy said...

Izzah...lelaki akan berubah selepas kawin. Akan berubah. Walau mcm mana cinta nya dia dgn kita sebelum kawn bagai nak rak..lepas akwin tgkla. COnfirm berubah. Klw tak tahun pertama..kedua..mahupun selepas 20thn kawin lelaki tu akan berubah. Percayalah.

Jd kita sbg isteri kena slalu beringat. Kena ada simpanan sendiri in case apa2 jd nnti. Buat 1 simpanan rahsia yg suami kita tak tahu. Masukkn duit dlm bank tu skala skala. 3 bln skali ke. Janji kita ada simpanan. Sbb kita kena ingt..masa kita senang ramai kat sisi..bila kita susah siapa yg ada?!!Itu tips yg Izzah kena buat lepas kawn ni. Mesti buat. Klw tak blh jd mcm kes akak ni lah.

Tak pyhla nk ckp syg org yg syg kat kita. Mmg takleh pakai. SBb manusia tu blh berubah. Makanya slalulah berdoa. Lelaki baik unt perempuan yg baik. Jika dia jodoh kita..bagusla. Dia sebaik dan sejahat kita. Yang penting selalu berdoa kebahagian, kesenangan rumah tangga kita.

Izzah, saya ada sorg makcik. DIa duduk jauh. Blh kata dia slalu call saya mintak duit. Anak 5 nak makan pun takde duit. Sbbnya..lelaki yg disanjung dulu malas bekerja. Jd tak saya, kakak saya lah yg diminta nya duit. Kesian. Suruh bercerai katanya pemalas2 laki dia, klw masa dia pergi kerja blhla jenguk2kn anaknya tu. Entahlah..betul kata kak tirana tu. perkahwinan satu perjudiaan..klw nasib ko baik..alhamdulillah..klw buruk nasib dlm rumahtangga? Hidup ini tak selalunya indah.

Dearie Pearls said...

Hye Izzah..
LOL nak ucapkan THANK YOU a LOT bagi pihak Kakak..
Dia pasti gembira kerana punya teman yang owez there..
Cian akak tue..
Rasanya ramai lelaki2 sekarang yang bertopeng sebelum kahwin..
bila kahwin cam hampeh jer perangai..
SERAM plak aku nak kawen..
Cubit skit pipi laki dier tu..
huhu..

Izzah,
God bless ya!

Izzah said...

@Fazemy
itu lah kenyataan hidup nie kadang2 memang merumitkan...tapi bila kita di uji,sebenarnya menunjukkan Allah sayang kan kita..
manusia memang perlu berubah..tapi ke arah kebaikan..sepatutnya as a husband,suami lah yang patut mengemudi bahtera rumah tangga..isteri jadi pembantu setia..tapi bila kes macam nie..isteri terpaksa jadi kemudi..suami patut malu..sebab apa yang dia buat pasti akan dipersoalkan di akhirat..kenapa dia tak buka mata,tak buka akal??
mungkin hidayah Allah terlalu mahal nak sampai ke hatinya...
bila dah terhantuk baru nak terngadah...

Izzah said...

@LotOfLove-Pearls
aku tak leh cubit pipi suami dia..haram sentuh lelaki..
tapi aku rasa kalau rotan@sebat dia..leh la..
ada gak angan2 nak rotan laki degil tuh..
tapi angan2 jerla..nak buat bebetul kang..sebelum aku rotan dia pelangkung aku dulu..naya jer..

Dearie Pearls said...

Hahaha..
Suh bini dier jer ar cubit..
xper kak..
LOL leh jer SEBAT dier..
huhu..

btw dear friend..
im so much touchin coz of da care and ya words whn im in out of control..
thanx a lot friend..
You r so gud!

Dearie Pearls said...

Oit..
Asal plak aku tetiba mamai panggil Izzah 'Kak'..
Huhuhu..
Terbiasa coz ramai rakan bloggers ni LOL panggil 'Kak'..
Tambahan plak kita cerita tntg Kakak tue..
Hahaha..
Aku lawak sndri..
Abaikan gelaran 'Kak' tu k..

Perasan ler aku ni nak muda sangat..
huhuhu..

Izzah said...

@LotOfLove-Pearls
perasan muda?or perasaan ko yang muda???hehehe..ala biase la..tak ambik pot pun..
tu la ko..tak tido ker pe?pagi2 buta still merayau2 kat blog nie??tu yang mamai tu..

nahmy said...

itula citer dunia. bagusle apa yg izzah buat tu. jd wlupun hari-hari kisah camtu terus berlaku namun pastinya hari-hari org yg prihatin cam you akan terus wujud dan mem'balance'kan balik keadaan-keadaan yg tak harmoni camtu...alhamdulillah

Tie said...

Kesian, ya...terutama pada anak2 nya tu. Rasa belas sungguh.

Izzah said...

@nahmy
saya percaya keikhlasan kita membuat kebaikan tentu Allah akan membalas dengan kebaikan..
ini masa dia,saya cuma tolong apa yang termampu jer..

Izzah said...

@Tie
mmg kak tie..kesian sangat..tapi kakak tu mmg tabah dan kuat..kalau saya yang berada kat tempat dia,saya tak tahu la saya sekuat dia atau tidak...

Anonymous said...

salam..
b'tuahny akak 2 dpt kwn dgn ustazah izzah ni.tok guru sy kata..kalau nk cri clon suami,crila yg b'agama yg mempunyai ciri2 seorg khalifah

puspawangi said...

Salam Izzah, insaf sungguh kak puspa baca kisah hidup yang izzah paparkan kali ini...memang besar dugaan kakak tu. Dengan kesabaran yang ada padanya, kak puspa yakin tentu ada bahagia di hujung jalan. Bagi pihak izzah pula, kak puspa rasa bangga kerana izzah ikhlas membantu seorang insan yang kebuntuan, besar pahalanya tu dik. Walau bgaimana pun, bukan semua lelaki macam itu. Contohnya ayah kita, sanggup berkorban apa sahaja untuk melihat keluarganya bahagia...semoga izzah dipertemukan dgn seorang lelaki mukmin sejati...Amin!

Anonymous said...

salah satu kisah rumahtangga..... lelaki dan perempuan memang berbagai ragam yang mewarnai hidup ini.

punya ahli keluarga terdekat juga punya masalah dengan ragam lelaki yang lupa tanggungjawap...laratkah mereka nak tanggung di akhirat nanti?

Anonymous said...

salam izzah

sian kat kakak tu... kite yg baca ni pun terasa beban yg dia tanggung apalagi kakak tu...

semua orang nak suami yg baik dan bertanggungjawab... tapi kekadang takdir Tuhan, dia nak uji hamba NYA...

cume boleh bersabar, berdoa dan berusaha utk teruskan hidup ini

Izzah said...

@pizi
memang sepatutnya setiap manusia tu mengikut apa yang agama perintahkan..cuma kadang2 manusia lupa untuk jalankan tanggungjawab sebagai khalifah..