Sunday, July 5, 2009

Berniat Dengan Baik dan Ikhlas

"Sesunguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dinatkan...." (sebahagian hadis 1 dari hadis 40 karangan Imam Nawawi yang diriwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap perbuatan yang dilakukan pemulanya adalah niat. Apa yang terdetik di hati untuk kita lakukan, dan yang pasti apa yang terdetik di hati itu tidak diketahui oleh orang lain kecuali Allah S.W.T.
Setiap perbuatan kita seandainya diniatkan dengan baik dan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala. Bahkan niat yang baik, tetapi terhalang untuk di laksanakan juga telah di beri ganjaran pahala. Begitu besar impak niat dalam hidup kita. Begitu pemurahnya Pencipta manusia.
Namun, ada juga perbuatan yang dilarang Allah tetapi di lakukan kononnya untuk kebaikan atau niatnya untuk sesuatu yang baik. Contoh paling mudah Robin Hood. Mencuri harta orang kaya untuk di dermakan kepada fakir miskin. Boleh ke???
Mesti lah tak boleh...mencuri tetap satu perbuatan yang salah. Walaupun niatnya mencuri untuk berbuat baik dengan orang lain tetapi ianya tetap salah dan dosa. Kerana niatnya itu tidak menghalalkan cara. Kalau nak membantu orang yang susah, bantulah semampunya, seikhlasnya dan jagan sekali-kali mencampur adukkan perbuatan mungkar dengan amalan kebaikan.
Sekarang banyak orang buat macam-macam progaram amal,untuk di sedekahkan kepada anak yatim, beri bantuan kepada orang-orang yang memerlukan dan mengumpul dana untuk negara Islam lain tapi kadang-kadang caranya tak kena. Terkinja-kinja atas pentas, menyanyi lagu yang ntah apa-apa adakah menunjukkan belas kasihan kita kepada mereka-mereka yang sengsara. "niat kami untuk menarik orang ramai menderma" ya betul..murni betul niat di hati...tapi,adakah betul caranya?? Saya tak faham...mungkin hanya mereka yang faham..kerana niat baik dan ikhlas mereka itu saya tak dapat baca...perkara dalam hati,tak siapa dapat menyingkapnya.

2 comments:

Kujie said...

dengan bermodalkan manis mulut serta janji untuk sesuatu perkara amal jariah..keprihatinan dan sikap pemurah rakyat kita diperalatkan

Izzah said...

@Kujie
betul tu...pastu ntah ke mana..