Monday, July 20, 2009

Tolong Jangan Melepaskan Batuk Di Tangga

Bila buat sesuatu. Ikhlaskanlah hati.

Buatlah demi mereka. Bukan terpaksa.

Bila disuruh bekerja. Bekerjalah bersama-sama.

Bukan harapkan nama. Hasilnya tidak seberapa.



Bila ingin membantu. Bantulah seboleh-bolehnya.

Bukan membantu kerana dipinta.

Tapi bantulah kerana ianya tanggungjawab kita.

Tidak sesukar mana,selagi masih terdaya, apalah salahnya.



Mereka perlu dibela.

Anak-anak yang kabur masa depannya.

Kita pendidik bangsa.

Kenapa berkira.

Mudah sambil lewa.

Tak guna berkeras kepala.

Bukan dunia tujuan kita.

Berhikmahlah...

Tentu lebih besar ganjarannya.


Saya sangat sedih, bila orang bekerja membantu anak-anak ini hanya kerana wang ringgit. Saya terkilan kerana mereka tidak bersungguh-sungguh memhulurkan bantuan. Kasihan anak-anak ini. Mereka perlu dipimpin untuk menuju jalan yang cerah. Mereka perlu dibawa keluar dari kegelapan. Mereka ada potensi,cuma kita kena tunjukkan jalan yang betul. Tunjukkan cara sebenarnya..kenapa dikekang potensi mereka. Kenapa terlalu berkira. Kalau tak ada bayaran...buat kerja sambil lewa...kalau di bayar baru boleh buat betul-betul. Sedangkan inilah anak-anak kita. Kenapa anak-anak orang kita beria-ia membantu. Kerana habuannya besar? Kenapa anak-anak kita di abaikan. Sebab terpaksa beri yang percuma????tolonglah...buka mata...buka minda...buka hati...jangan buat sesuatu sekadar melepaskan batuk di tangga. Tak akan dapat apa2.


Saya bukan sesiapa. Tapi,sampai bila???kera di hutan di susukan..anak di rumah mati kelaparan...akhirnya,yang buruk itu anak kita...yang cantik itu anak mereka.

11 comments:

Dearie Pearls said...

Maksud tersurat..?

Anonymous said...

Kalo tak ikhlas, baik tak yah bagi...

KTS said...

sekarang mmg musim batuk... kdg2 terlepas gak batuk di tangga... ekekeke... komen yg tak berkaitan plak.
.
.
.
.
.

keikhlasan itu kan umpama semut hitam, atas batu hitam di mlm yg pekat... mungkin mereka ikhlas... tapi kita tak nampak... wallahualam..

Izzah said...

@LOL
tersurat dan tersirat...
saya sangat gerammmmmm dengan org itu...

Izzah said...

@Arryani
betul tu kak yan...
kalau buat tak sepenuh ati..
baik tak yah kan..

Izzah said...

@KTS
semut nie semut hitam atas kertas putih..
aku sangat nampak...sangat ketara...
dah la semut besar...siap boleh terbang2 lagik..
hahaha...

Abd Razak said...

Amal yang tidak dilakukan dengan ikhlas kerana Allah bukan hanya tidak dibalas dgn apa-apa bahkan Allah akan mengazab orang tersebut

Izzah said...

@Razak
semoga keampunan Allah bersma-sama mereka...

maza said...

sekarang ni lepas kan batuk kat tangga pun bahaya..

takut kena selsema babi lak.. huhuhuhu

Shamtidar Boahari said...

Apabila ahli ilmu jadi macam tu...mcm mana anak yang didik mereka. Dah baca buku Laskar Pelangi (akak ada beli masa abg pi jogja)? Bapak guru dalam novel itu pakai seluar cerut tali pinggan tali, tak dapat gaji. pagi ke sekolah petang ke ladang. terpaksa ke ladang utk sara keluarga.Mereka buat kerja dengan jiwa yang besar.. kerana mengharapkan ganjaran dari Yang Maha Besar.

Izzah said...

@Ummu Adli
tak tau la kalau org baru macam izzah nie jer bersemangat nak bantu budak2...org baru macam kita tak siapa endah...tapi sangat sedih dengan situasi macam nie..