Friday, June 11, 2010

Burung Jampok...

Ha..kalau nak tau,masa saya kecik-kecik dulu abah selalu panggil saya burung jampok. Abah cakap mata saya besar macam mata burung jampok. Kening lebat pun macam kening burung jampok jugak. Dulu, kat belakang rumah selalu dengar suara burung jampok nie bila malam-malam.

Dulu saya tak suka bila abah cakap saya burung jampok. Kalau tengok gambar sendiri...saya selalu perati tang mata lebih sikit. Bila tiba masa buat i/c gambar hitam putih...alamak memang sebijik la mata macam burung tu...besau pastu kening lebat..hitam..saya tak suka betul dengan gambar and i/c saya masa tu...nasib baik skang dah tukar mykad..i/c lama tu pun dah hilang..kena copet masa belajar kat kolej dulu. Hilang dah wajah burung jampuk saya.Hahahah..skang pun mata yang besar tuh dah sorok belakang spek mata yang tebal..so..dah takde lah istilah tu lagi, cuma kening tebal tu masih lagi kukuh duduk atas mata saya..aset tuh..

Nak tau tak apa sebenarnya burung jampuk tu?Jeng..jeng..jeng...kalau translate nama dia dalam bahasa melayu,agak menakutkan...'burung HANTU'. Tak best betul nama melayu dia kan..

Sekarang nie..bila nampak stiker atau apa2 accessories berimej kan burung jampuk nie..saya jadik suka pulak..sebab bila dah jadi accessories dia jadik comel plak...hehehe...

comel kan???hehehehe

14 comments:

Tirana said...

Izzah, comel ape rupa burung hantu..hehehe

Abd Razak said...

Salam..

Apa pun semuanya ada kebaikan di sisi Allah dan yang paling penting TAQWA

fazemy said...

Haah comelnya. lg2 burung tu kaler pink. suka2..nama izzah tu cantik.

KTS said...

lorrrr... itu burung jampuk rupanya


.
.


aku peminat burung jampuk!! bg aku dia kiut sesangat... tp tak taula aku akan minat ke tak kat ko walopon ko serupa burung jampok.. hahaha




psssttt... nanti akan kuar citer 3D pasal burung jampok ni kat cinema.. mesti best. JOM gi tgk.. ko blanja!! hikkkssss :D

cheqna said...

burung jampok???hehehehehe
comel pe orang mata bulat n besar ni.....=)

pusat said...

cantik per org bermata beso nih... cute.... lg best kalau pakai celak... huhuhu....

Mohd Ariff Yaakub said...

burung hantu makan cupcake :)

tapikan kalau kat kg tu.. mlm2 rasa mcm sunyi je sbb semua org dah tido.. suara burung hantu inilah yg tetap setia jadi teman. (wlpn agak menyeramkan)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Biarlah apa org nak komen mengenai burung jampok ni, tetapi kita `think positively` bahawa ia mmpunyai `stereoscopic vision` dimana boleh melihat semua pergerakan diwaktu malam dan mampu menangkap mangsa dgn tepat. Bukan tu je, malah lehernya pun boleh bergerak 270 darjah ke ufuk dan 90 darjah keatas/bwh. Cuba Izzah angguk dan ngelengkan kepala! Boleh tak? Wassalam

Izzah said...

@Tirana
comel kalau dah di kartun kan..hehe..yg real punya..erm..comel jugak ke?
=)

@Abd Razak
semua sama..yg membezakan kita takwa..

Izzah said...

@Emy
sbb dia kaler pink..tambah lg la comelnye..

nama tuh jadi ikutan kat sekolah..sumer tanya..nak cari mana stiker tu..hehehe..:)

Izzah said...

@KTS

tidak di nafikan lagi..ko sebenarnya mmg minat kat aku..ahaha..
jgn memalu..aku berterima kasih sbb ko minat kat aku..akekeke

movie burung jampuk???yer ker???aku selalu tengok kat ntv7 kartun dia..

boleh..aku belanja wayang..ko belanja makan..orait!!

Izzah said...

@Pusat..
mato besau yg tak rabun..cantik kot..akekeke

letak celak..mcm cleopatra la plak kang..akekke..

@Mohd Ariff
kalau mcam cupcake kena makan lah..

mmg seram dengar suara burung memalam..

Izzah said...

@tajnur
kalau setakat angguk n geleng boleh la..
tapi nak sampai 270 darja ke timur 90 darjah ke atas tuh..terkehel jugak kang leher ku ini..
:)

cun09 said...

salam...

ingat masa zaman kat hostel selalu org cakap "liza burung hantu" ...kenangan