Tuesday, June 22, 2010

cerita kedai kopi...

Zaman teknologi serba serbinya canggih-canggih ni nak bukak cerita pasal bola ke, gosip artis ke,politik ke,cerita rumah tangga mahupun cerita jiran tetangga semua ada merata-rata. Tak kira masa,tempat dan keadaan cerita macam tu boleh tersebar sekejap jer.

Nak reka-reka cerita pun boleh...orang nak percaya pun mesti ramai even cerita tu tak betul langsung, sebab boleh di baca seantero dunia. Semua gara-gara teknologi. Dengan friendster,blog,myspace sehingga yang terbaru tweeter dan facebook yang sangat popular sekarang nie.

Bukan setakat nak cari kawan lama, nak cari kenalan baru, bertukar kabar berita..kadang-kadang siap boleh gaduh-gaduh lagi...macam-macam sekarang nie...betapa pesatnya perkembangan teknologi maya. Memang tak dinafikan banyak kebaikannya, cuma bila di gunakan dengan cara yang salah..maka banyak jugaklah keburukan yang tersebar. Kadang-kadang naik takut tengok budak-budak sekecil darjah satu pun dah pandai carik video prono melalui internet...sebab memang sangat mudah di dapati..lebih-lebih lagi free dan terbentang depan mata. Lagi-lagi pula kalau perkara yang tak baik tu selalunya disukai ramai. Fitrah manusia pulak..bila benda yang lagha tu memang cepat je..kalau suruh buat baik..bukan main liat lagi.

Sekarang dah semakin kurang kedai kopi tepi jalan..melainkan dah bertukar menjadi kopitiam ataupun kedai mamak...tapi cerita-cerita kedai kopi ni semakin panas dan berapi-api dengan adanya teknologi. Semoga kita menggunakan nikmat Allah ini dengan sebaiknya dan mampu menyebarkan kebaikan juga.... :)


8 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Benar kata cikgu, cerita-cerita hot dan sensasi ni kalau boleh nak elak membacanya, takut juga adakah ceritanya benar ataupun tidak. Andaikata tak benar jadi fitnah lak.

julietchun said...

terkejut sungguh anak buah aku ada fb, aciknya pon nan hado,ishhh,ishhhh.

Anonymous said...

Err.... citer apa tu Izzah ?? Hehe.. kak tie tak pernah ke kedai kopi pun..

iEmA said...

sbb kepesatan zaman teknologi yg canggih manggih ni, bdk2 kecik pon da makin advance.. kdg2, riso pon ada.. huhu..

http://keroniema.blogspot.com/

Izzah said...

@Abd Razak
betul..kadang2 terpercaya dgn cara penceritaan dan bukti yang mcm real...

Izzah said...

@Juliet

betul tuh..murid2 aku pun dah ada akaun Fb..ganazz dorg nih...kalau lah parents tak pantau..payah gak..

Izzah said...

@Kak Tie

tu ambil tajuk lagu...kat kedai kopi kan selalu org suka gebang2..
:)

Izzah said...

@Mrs Kero

sbb tu kena di pantau..jgn terlebih ilmu...susah plak ibu bapanya nanti..