Dalam membentuk generasi masa hadapan...
Pernah atau tidak anda memikirkan patut atau tidak patut untuk melakukan sesuatu. Seperti kurang yakin untuk melakukan sesuatu kerana memikirkan kesan tindakan kita kemudiannya.
Bayangkan...anda sebagai seorang guru apa yang patut atau tak patut anda lakukan dalam situasi seperti di bawah..
1) Murid yang tidak membawa buku nota@buku teks@buku latihan beberapa kali@setiap kali masa pengajaran anda..sedangkan sudah berbuih mulut mengingatkan dia dan dia juga di beri jadual waktu..
---> patutkah anda mengambil tindakan seperti mendenda mereka (sebab skang nie tak leh dah denda murid nanti kena saman..)
---> atau biarkan sahaja..bagi arahan"kongsi buku dengan kawan sebelah.." atau "tulis kat kertas kosong,balik salin"(walaupun selalunya mereka tak salin balik pun,pastu kertas tu hilang ntah ke mana)kerana khuatir tindakan yang diambil bagi memberi pengajaran akan dianggap sebagai mendera murid..
2) Murid yang melawan cakap anda bila anda beri arahan dia plak murid kebal..tak leh terusik..kalau di usik lelebih..datanglah pembelaan dari parents yang sangat concern pada anak2nya(sedangkan anaknya selalu melanggar peraturan dan bermasalah disiplin,tapi bila di beritahu tak percaya "anak saya baik je kat rumah..nie mesti salah kawan dia@salah cikgu sendiri" bela la anak awak tu..kalau beso tak jadik orang salahkan kami jugak kan..awak tak salah kan..?
---->patut diapakan budak ini????
ini antara situasi yang sering berlaku..dah macam rutin lah..banyak lagi sebenarnya tapi nanti2 lah kita share lagi. Patut ke tak patut?
6 comments:
assalamalaikum..
perghh! mmg mencabar jadi pendidik klu kes-kes camni berlaku kan?? tp dlm al-baqarah 286 ada tertulis - "tidak diuji seseorng hambaKu malainkan atas kemampuannya". kita dlm wirid pun selalu gak baca.
zaman skrg adalah zaman yg mmg sgt mencabar. polis kena lebih kreatif/bijak dr pencuri. doktor kena lebih kreatif/bijak dr pesakit. emakbapak kena lebih kreatif/bijak dr anak-anak...daaaan dah tentunya cikgu/cikgi kena lebih kreatif/bijak dr anak-anak muridnya....(maaf ye...bukan nak mengata).
mungkin utk kes 1. sediakan satu kertas yg tertulis besar2.."Pastikan bawa buku yg diperlukan ke sekolah". laminatekan kertas tu dan lekatkan double-sided kat belakang nota tu. Suruh anak murid tadi balik je terus lekatkan nota tu kat belakang pintu depan rumah...ckp cikgu akan dtg rumah periksa yg nota tu dah ditampalkan & pastikan yg makbapak anak murid tu pun turut bekerjasama (ini hanya cadangan marhaen saya je..).
utk kes 2. pasangkan CCTV/kamera video secara senyap2 dlm kelas. jgn terus tunjukkan kt makbapak dia (takut dikatakan mengganggu privasi plak!). tp bila berbincang dgn makbapak dia...jika makbapak tak percaya baru minta izin mrk utk ditunjukkan 'tayangan gambar' tsb..(lg sekali- ini hanya cdngan marhaen saya).
Sabar je ar Izzah..
akhir2 ni LOL byk baca kes cikgu dan pelajar nie..
kadang pelajar nie menyeramkan coz bila2 masa jer leh belasah cikgu..
aniaya cikgu pun ader..
tu yg takut tue..
cikgu pulak ada byk kes pukul, tampar pelajar..
mencabul and evrytin..
tapi LOL tahu Izzah very da Best Teacher..
Banyak sabar je ar..
Bebudak, memang banyak karenah..
cgu izzah - biar apa dan bagaimana hari ini dihujungnya kita punya matlamat yg sama : kita adalah media perubahan generasi hari esok.segala apa yg berlaku disini - seronok untuk dikenang pada hari2 yg akan datang.....
semuga cgu diberkatiNya.
senang2 jengok saya dikem.
@nahmy..terima kasih banyak2 diatas saranan.Memang betul, guru perlu berfikiran kreatif dan kreatis dalam menghadapi sikap murid yang sangat pelbagai..kadang2 tak terjangkau dek akal..mereka nie generasi yang terlalu terdedah dan di biarkan terdedah.
pasal cctv tu..kadang2 terpikir gak..lebih2 sebab banyak kes skang nie..tapi kita tak leh buat benda suka2..kena lalui banyak prosedur.
@LotOfLove-Pearls
betul tu..ada gak guru yang bermasalah..tu kes guru yang pilih bidang pendidikan kerana terpaksa or tak de choice lain..tau nak dapat gaji jer..tapi tanggungjawab taknak pikul..
alhamdulillah lah..mengajar nie memang dah minat..so,sangat suka mengajar..
@jinggo
semoga segala-galanya akan menjadi kenangan terindah... :)
Post a Comment