Friday, February 13, 2009

Manusia,Khalifah,Amanah & Tanggungjawab

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawa amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan pada ketika itu, manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyiksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang menafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihi.”

Tujuan hidup manusia di muka bumi Allah ini berbeza-beza.Namun asas kejadian merekaadalah sama. Fitrahnya juga serupa. Manusia diutuskan Allah ke muka bumi ini sebagai khalifah untuk mentadbir alam dengan sebaik-baiknya. Urusan mentadbir itu pula bukan diberi begitu sahaja. Allah memberikan kita bekalan al-Quran dan as-Sunnah untuk dijadikan rujukan serta akal fikiran (satu2nya nikmat paling besar kerana hanya manusia yang diber akal) untuk membuat pertimbangan dalam menjalankan segala urusan.

Amanah yang diterima daripada Allah sangat besar. Seandai sahaja amanah itu dapat dilihat,pasti manusia tidak sanggup untuk memikulnya. Tetapi sifat manusia itu berbeza dari makhluk Allah yang lain. Manusia dengan mudah menyanggupi untuk memikul amanah yang tidak mampu dipikul oleh langit,bumi serta gunung-ganang.Tetapi,dengan mudah juga,manusia mempermainkan amanah yang telah dipikulnya. Dengan mudah juga manusia menidakkan amanah serta tanggungjawab yang ada padanya. Kerana manusia adalah makhluk yang mudah lupa. Mementingkan diri sendiri serta suka bersenang lenang.

Namun Allah itu Maha Mengetahui,Maha Pengampun,Maha Pemaaf serta Maha Memberi Nikmat dan Rezeki. Allah sering memberi peluang dan ruang kepada hambaNYa. Allah pasti akan menerima taubat hambaNya. Walau sebesar manapun kesalahan kita kepadaNya, taubat kita masih berharga andai sahaja kita bersungguh-sungguh menyesali perbuatan kita.

Semoga kita tidak akan tergolong di antara orang-orang yang muflis di akhirat kerana sikap lalai kita,kerana sikap mementingkan diri kita. Kita hidup di dunia bersama-sama keluarga,rakan taulan,jiran tetangga dan masyarakat yang ada di sekeliling kita. Mereka adalah tanggungjawab kita. Jangan sekali-kali menyatakan “kubur lain-lain” kerana kita akan dipersoal tentang tanggungjawab kita sesame manusia(saling ingat-mengingati).

Orang yang muflis di akhirat ialah orang-orang yang mengadap Allah dengan pahala yang sangat banyak. Akan tetapi akhirnya menjadi muflis kerana setiap pahalanya diminta oleh orang-orang yang dipertanggungjawabkan kepadanya (contohnya anak,isteri) kerana dia membiarkan mereka lalai dan leka tanpa mengingatkan mereka tentang kesilapan mereka. Apabila sudah habis semua pahalanya, dosa orang yang dianiaya tadi(kerana tidak mengingatkan mereka) akan berpindah kepadanya. Alangkah ruginya mereka keranan akhirnya mereka akan dihumban ke dalam neraka….

Nauzubillah…Ya Allah..selamatkanlah kami di dunia dan akhirat…jadikanlah kami orang-orang yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran…ameen ya Rabbal a’lameen..

10 comments:

en_me said...

hi cek izzah teww.. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamms dr me dikejauhannns..

Izzah said...

@en_me
salam me...kurang & lemah kita tu kena perbaiki..inprovekan..izzah pun selalu lupa..so..kita ingat2kan bersama2 yer..

jauhhhsss sangatsss kerss..hehhehe

Tie said...

Itulah....kita kena saling ingat mengingatkan....jangan asyik fikirkan diri sendiri je....

Anonymous said...

sgt berkesan entri ini
selalu ( bukan kadang2) kita mudah hanyut dan lupa dgn tujuan dan matlamat hidup kita.

lemah sungguh iman...

puspawangi said...

suka baca entri izzah. selalu mengingatka kak puspa.

Izzah said...

@Tie
kak tie..bukan tak boleh fikir untuk diri sendiri..tapi dalam bab2 amalan agama dan maslahah umum..kena fikir untuk org lain gak..semoga sama2 selamat dari api neraka..

Izzah said...

@Kujie
betul tu kak jie,kita memang selalu lupa..memang itu pun sifat manusia..sebab tu kita kena saling ingat mengingatkan..bila tengok org buat salah..kita cermin diri sendiri..baiki diri kita dan ingatkan org disekeliling kita..

Izzah said...

@puspawangi
kak puspa..lama tak nampak..entry nie untuk izzah ingatkan diri,dan kongsi sama dengan kwn..emoga kita sama2 boleh perbaiki diri kita..

fazemy said...

Terima kasih slalu ingt2kan. Izzah..glad to know u. Kdg bila kita bercakap soal agama dgn kwn2 di dunia nyata..dikatanya ajal kita hampir sampai. Hampeh kan. So better bercerita di sini. Smil mengingatkan org..unt ingtan diri jugak. Kan.

Izzah said...

@fazemy
betul tu..kalau cakap face to face ni orang kadang2 salah anggap..tapi melalui penulisan dan bacaan orang lebih mudah terima...