Sunday, February 22, 2009

Musuh Yang Nyata

Baru-baru ini saya ada membaca surat khabar metro tentang seorang isteri yang membomohkan suaminya semata-mata kerana mahu suaminya setia kepadanya, kerana suaminya agak liar dan kaki perempuan. Demi mempertahankan sebuah rumah tangga yang dibina,serta demi dua orang anak yang memerlukan perhatian,si isteri memilih untuk berjumpa bomoh untuk meminta ‘ubat’ kepada penyakit suaminya itu. Selepas menceritakan masalahnya kepada si bomoh,maka si bomoh itu meminta si isteri untuk membuang air besar dan mengambil sedikit najisnya untuk dijadikan bahan ubat kepada penyakit suaminya. Bomoh itu kemudian membaca mentera dan mengarahkan agar najis itu dijemur hingga kering, kemudian memasukkannya ke dalam makanan si suami. Ternyata selepas mengamalkan amalan yang disuruh oleh bomoh itu,penyakit suaminya terus hilang. Si suami mula lekat di rumah malah mengikut semua kemahuan isteri. Namun,perubahan si suami merunsingkan si isteri kerana lama kelamaan si suami menjadi pendiam dan kurus kering. Si isteri mula takut dan risau dengan keadaan suaminya dan insaf akan perbuatannya yang telah memilih jalan yang salah untuk mengubat si suami. Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Pengajaran dari kisah benar di atas ialah, walau apa jua masalah yang kita hadapi Allah lah tempat rujuk yang paling tepat,paling mujarab. Kembali kepada jalan yang ditunjukkan-Nya,rujuklah kitab dan sunnah rasul-NYa. Apa jua masalah yang di hadapi tentu ada jalan keluarnya. Berjumpa dengan orang yang tepat, minta nasihat dari kawan-kawan,kalau masih belum nampak jalan, berjumpalah dengan ustaz atau ustazah seandainya tidak yakin masih ada kaunselor yang boleh membantu. Kenapa memilih jalan syirik, kurafat yang nyata-nya jalan yang hanya akan menambah masalah kita malahan menambah dosa, DOSA BESAR pula tu. Nauzubillah.

Mungkin hati sukar dilentur dan dilembutkan,apa yang Allah ajarkan pada kita, “bersabarlah,sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar”. Ayat-ayat Allah adalah terapi, dengan kalamullah juga hati Umar al-Khattab menjadi lembut untuk memeluk islam. Kenapa memilih jalan bodoh untuk berkompromi dangan jin dan juga syaitan. Sahabat-sahabat, ketahuilah sesungguhnya mereka (jin dan syaitan) adalah MUSUH yang NYATA. Jangan sekali-kali mendekati mereka,nescaya kita akan tenggelam sesat bersama-sama mereka. Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa Yang menurut jejak langkah Syaitan, maka Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara Yang keji dan perbuatan Yang mungkar. dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha mengetahui
(An-Nuur: Ayat 21)


Kita rujuk pula kisah Nabi Sulaiman a.s yang mengawasi para jin sedang bekerja sambil duduk memegang tongkat baginda. Para jin bukan main lagi tunjuk rajin(mereka sangat suka berpura-pura) kerana merasakan bahawa nabi Sulaiman sedang mengawasi mereka. Tanpa mereka sedari sebenarnya Nabi Allah Sulaiman sudah wafat. Mereka hanya sedar keadaan itu selepas melihat tongkat Nabi Allah itu telah reput dimakan anai-anai. Selepas mengetahui Nabi Sulaiman a.s telah wafat mereka terus meninggalkan kerja-kerja yang dilakukannya. Seperti yang diceritakan di dalam al-Quran:

Firman Allah: "Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan."

Kesimpulannya : Jadi janganlah membodohkan diri mengikut telunjuk iblis,syaitan dan jin ini. Mereka makhluk yang ghaib, mereka suka menipu. Kalau pergi jumpa bomoh2 yang mengamalkan perubatan yang tidak mengikut lunas-lunas islam dan kelihatan lain macam jer. Tak payah lah berubat dengan mereka. Bukan kesembuhan yang mereka akan berikan tapi penyakit lain yang akan datang. Kalau nak berubat jumpa ustaz-ustaz yang di yakini,kalau susah-susah sangat pergi je darus-sifa’(bandar baru bangi) yang ustaz Harun Din punya tu. Ramai anak murid Ustaz Harun Din nie. Jadi takde alasan untuk jumpa bomoh yang ntah apa-apa ntah. Fikir-fikirkan lah demi kemaslahatan diri dunia dan akhirat.

15 comments:

Tirana said...

Di zaman yang serba canggih ni pun ada lagi yang mengamalkan perkara khurafat seperti itu..

nahmy said...

betul tu dikk...syukran atas berpesan-pesan camni..

Izzah said...

@Tirana
tu la kak..geram je..takkan la tak leh fikir waras sikit..
sakit hati betul bila fikir ramai org melayu islam yang percaya dan taksub membuta tuli pada bomoh2 nie..

Izzah said...

@nahmy
kita sama2 berpesan..untuk diri sendiri juga..

en_me said...

sodeyyyy kannns..

AyKay said...

Dek,

yg pelik2 ni sebenarnya akan dihiasi dgn canteknya oleh syaitan sehingga mereka2 yg tidak berilmu akan terus sesat. mohon2 agar dijauhkan...

Honey Bee said...

Salam...
macam tak percaya seorang isteri sanggup beri suaminya makan najis sendiri kan...kejam betul...mana hilangnya kasih sayang...senjata utama kita adalah doa...itu sering diabaikan...

fazemy said...

Nasi kangkang. Bila terlalu taksub unt memiliki segalanya kat dunia ni..smpai sanggup berkompromi dgn syaitin iblis sgala. Yang pasti sekali kita berkawan dgn syaitan..hidup kita tak kan tenang. Walau apa yg kita ingtkan kita dpt.

Geli la baca bini sanggup bg laki mkn najis sndiri. Sampai hati dia..Klw Ayam pun tak sanggup nk makan.

Anonymous said...

salam

syaitan hanya mau menyesatkan kite...
minta hanya pada ALLAH sahaja bkn pada hamba2 NYA

Izzah said...

tu la kan..apa2 pun yang penting sekali rukun iman kita kena kukuh..percayalah pada Allah..kembali kepadaNya dalam apa jua urusan..

Dearie Pearls said...

Manusia memang sukar sekali diduga tindakannya.
Perkara yang terlalu menjijikkan pun sanggup nak dibuat..
Kewajaran fikiran pun dah diketepikan semata-mata memenuhi kepuasan sendiri..
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..

Salam Cikgu..

Anonymous said...

berebut cara yg tak berkat
tentu hidup pun tak aman

Izzah said...

@LOL
ko pun leh pk dgan waras..
aku pun tak tau kenapa mereka2 ini tak leh berfikir dengan betul...

Izzah said...

@Kujie
hidup di dunia..kena ada keberkatan..
kalau tidak..susah hati sepanjang masa...

puspawangi said...

Dik Izzah, last time kak puspa dengar cite pasal bini buat ke laki ni mmg betul2 berlaku kat kampung akak, bila bini tu mati dan telah dikuburkan, orang2 kg jumpa dia esok mlmnya (dlm keadaan berkafan) bergolek2 kat atas jalan...eii ngeri...dan lepas suaminya maafkan dan buat sembahyang hajat, barulah tiada lagi kejadian spt itu...Wallahua'lambissawab.