Sunday, February 1, 2009

Kisah seorang Isteri....

"Ummi..abang nak tanya,boleh tak Ummi terima Kak Sha sebagai madu Umie?abang tanya nak minta izin dari Ummi" Zatul hanya terkedu selepas mendengar pertanyaan dari suaminya. Inai dijari masih merah. Usia perkahwinan masih terlalu mentah.Belum pun sampai sebulan ikatan perkahwinan ini dibina.Ujian apakah ini?Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu ini. Kalau yang ingin dijadikan maduku itu anak dara yang tidak berpunya,mungkin aku dapat menerimanya.Ataupun seorang janda yang memerlukan pembelaan,dengan hati terbuka aku meredhainya.Tapi,yang suamiku gila-gilakan ini adalah perempuan yang masih isteri orang.

Memang dah ramai yang menasihatinya sebelum dia menerima Hazim sebagai suami "Zatul...betul ke kau nak terima Hazim?dah fikir panjang?kau tau tak..dia ada affair dengan kak Sha.." Ramai kawan-kawan sepejabat yang memberi amaran."Entahlah kak..Mak ayah saya berkenan sangat dengan dia,dia pun nampak bersungguh-sungguh mengambil hati mak dengan ayah..saya rasa inilah yang terbaik..Mak saya cakap dia baik,saya percaya dengan pilihan Mak..restu ibu-bapa itukan yang utama" itulah jawapan yang aku berikan setiap kali Kak Ani bertanya.

Bukan aku tak pernah bertanya sejauh mana hubungan Hazim dengan Kak Sha,tapi jawapannya tetap sama "Zatul dengar sangat cakap-cakap orang..abang dengan kak Sha takde apa-apa..kalau abang jumpa dia pun untuk urusan kerja...Zatul pun tau kan..abang dengan dia satu departmen..memang selalu lah kena jumpa nak uruskan macam-macam benda.Zatul..percayalah cakap abang,abang sungguh-sungguh nak Zatul jadi isteri abang..abang percaya Zatul tentu boleh mendidik abang..Zatul orang baik-baik..abang sayangkan Zatul". Dia memang pandai bermain dengan kata-kata,sampaikan Mak yang tegas tu pun 'cair' dengan kata-kata dan tingkah lakunya.

Aku tak boleh lemah..aku mesti kuat,aku mesti tunjukkan pada mak pilihannya betul.Aku taknak Mak susah hati,dengan keadaan kesihatan Ayah yang semakin hari semakin merisaukan,aku tidak mungkin tegar menambah beban dibahunya. Selagi Kak Sha masih bergelar isteri orang,Hazim tak mungkin dapat menikahinya. Aku akan berusaha mengambil hati suamiku dan menjadi isteri yang terbaik untuknya.Ya Allah..bantulah aku.



Bagi isteri-isteri yang membaca kisah nie..ape perasaan anda seandainya anda yang berdepan dengan situasi ini? Memang pada asalnya Zatul(bukan nama sebenar) menerima Hazim(bukan nama sebenar) sebagai suami dengan tekad,dia mampu mengubah cara hidup lelaki itu yang bermain cinta dengan isteri orang dan suka permainkan perempuan. Perempuan selalu beranggapan dia ingin mengubah lelaki yang disayangi untuk menjadi baik.tapi..akhirnya..dia yang merana,makan hati berulam jantung. Ini kisah benar,memang betul2 berlaku kepada kawan pada kawan saya (maksudnya kawan saya punya kawan) Saya memang tak suka dengan lelaki tuh..sebab dah dua orang perempuan yang saya kenal dipermainkan oleh lelaki nie..entahlah..jodoh si Zatul tu kot..dia memang baik sangat...lemah lembut..sangat bersopan santun..macam perempuan melayu terakhirlah kiranya. kalau ikut penilaian saya,she deserve the best!patutnya jodoh dia dengan lelaki baik-baik...

Saya ada tengok talk show 'Fitrah Kasih' kat TV1..Dr Tuah Iskandar antara tetamunya dia ada menyatakan:

Perempuan selalu berimpian untuk mengubah perangai lelaki yang dicintainya selepas berkahwin. Dari seorang yang baran jadi seorang yang lebih sabar,dari kaki rokok boleh berhenti merokok dan sebagainya. Tapi impian wanita-wanita ini memang sangat sukar untuk direalisasikan kerana hakikatnya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi selepas bergelar suami,sebab mereka akan merasakan kuasa mereka sebagai suami lebih besar lebih power berbanding masa bercinta. Itulah sebabnya akhirnya wanita itu akan patah hati sendirian.

Erm..saya belum bergelar isteri even kekasih..jadi kisah nie mungkin boleh jadi guide untuk saya. Mesti sangat sedihkan kalau berada ditempat Zatul tu..Ya Allah jauhkanlah...

6 comments:

Tie said...

Huh! Tak tau nak kata apa laa...pelik betul gilakan isteri orang ni... memang tak masuk akal laa... Kot2 dia terkena tak?? He he...pandai2 je, ekk...

Izzah said...

@Tie
kak tie..dia memang ada affair dengan isteri org tu sebelum dia kenal isteri dia sakang nie..isteri dia tu staff baru kat ofis dorg..kenal tak sampai setahun pun..dah tunang then akhir thn lepas dorg kawin. Isteri org tu pun melayan sebab suami dia selalu kerja out station..kononnya sunyi..

Dearie Pearls said...

Fikir sebelom berkahwin..
Kalau dah kahwin then fikir itu ini..
kan dah buang masa..

kekadang pilihan keluarga bukan yg terbaik utk kita. may b leh bincang bebaik ngn mak ayah..

tapi bila dah sampai kes cam nie..
memang sedey ar.. cian kwn tue..

Izzah said...

@LotsofLove-Pearls

tula..kesian sgt kat dia..kitorg just doakan dia kuat n dapat kebahagian yang diharapkan..dia baik..tentu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...

Anonymous said...

ini senario biasa yg kita dengar...kata prof. dr sidek baba kt ceramah di surah taman kak jie mlm minggu dulu

" kembali kepada fitrah"

off topik - entri akan lebih cantik dan terusun kalau kita justifikan entri..to align along both the left and right margin. kat tool bar entri box ade

Izzah said...

@Kujie
Tahnx for the advice..nanti saya try explore..hehehe..