Tuesday, February 17, 2009

Perhubungan Tanpa Nama

Pernah tak korang berada dalam satu relation yang korang tak tahu nak men‘title’kan relation tu? Nak kata kawan…sometimes rasa macam more than ‘kawan’ nak kata kekasih bukan juga sebab tak pernah ada apa2 perjanjian yang khusus. Istilah sekarang nie orang suka sebut ‘teman tapi mesra’(semenjak lagu TTM muncul..wujud pulak istilah nie) tapi rasanya ‘teman tapi mesra’ nie just nak sorok hakikat yang sebenarnya ‘suka sama suka’ tapi malu nak mengakuinya..hahaha..sebab orang2 yang mengaku ‘teman tapi mesra’ nie biasanya bila menyebut perkataan tu dengan senyum simpul yang sebenarnya menggambarkan ‘dialah kekasih saya!’..betul tak?? Especially artis la…tapi saya bukan nak citer pasal atis pun..ramai lagi orang lain nak citer pasal dorang..so,tak payah la saya menambah sebok menulis pasal dorang nie.

Berbalik kepada persoalan menamakan sesebuah perhubungan yang tidak bernama. Persoalan ini timbul hanya bila seorang lelaki berkawan dengan seorang perempuan (kalau perempuan dengan perempuan or lelaki dengan lelaki tentulah jadi kawan karib,sahabat atau member kamceng). Persahabatan antara lelaki dengan perempuan ini pula akrab dan boleh dikatakan semua secret2 dorang share bersama. Kalau rasa down dorang akan saling mencari untuk dapatkan nasihat,perangsang yang boleh menenagkan mereka. Kadang-kala orang disekeliling pun tak dapat nak menagagak status perhubungan mereka memandangkan masing2 mempunyai pasangan sendiri atau salah seorang daripada mereka telah mempunyai pasangan.

Perhubungan begini kadang2 akan menimbulkan rasa memiliki. Si wanita akan rasa dia lebih tahu tentang lelaki ini berbanding teman wanita lelaki itu,jadi dalam beberapa hal akan berlaku konflik dalam hubungan dan konflik dalam diri. Saya pun macam dah pening2 lalat menghuraikan perkara ini (adakah saya juga mengalami konflik???)

Dan biasanya juga seandainya salah seorang dari mereka tidak mempunyai pasangan akan timbul bibit2 di hati mereka kepada temannya itu yang akhirnya, mereka sendiri akan merana kerana mereka tidak mampu meluahkan apa yang dirasa kerana takut perhubungan yang terjalin akan terputus atau menjadi renggang selepas meluahkan perasaan..(selalu kan terjadi..kesian kat dia..)

Sebab tu orang cakap tiada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan kerana mereka adalah dua makhluk yang saling mempunyai daya tarikan antara satu sama lain. Semakin rapat hubungan mereka akan semakin kuat daya tarikan berlaku. Lebih2 lagi apabila setiap kelebihan dan kekurangan masing2 sudah difahami. Memang sukar menafsirkan perhubungan ini. Tapi mungkin memerlukan penilaian yang lebih khusus untuk lebih mengerti.

13 comments:

fazemy said...

Izzah..saya pernah berada di situasi seperti itu. Hubungn tanpa nama. Akhirnya buatkan saya terluka. Sbb dia ada org ke3, dan saya bkn sape2 pada dia. After that saya jmpa husband tros declare tros kawin. Dan saya bahagia. Sbb saya boleh namakan hbgn kami.

fazemy said...

Pss:Izzah..hang dah jatuh cinta ka?hehehe

Izzah said...

@ehem2..entry ini tak ada kaitan dengan saya pun..(buleh percaye ker..buleh kot..muahahahaha)tapi ada terkena tempias sikit jer..tak ler basah kuyup..ngee..ngee...

KTS said...

hurrrrmmmmm...

kalau mahu, katakan mahu...
tak perlu malu2...

jgn tunggu lama2... nanti dikebas org :D

Izzah said...

@ku tak sempurna

jgn tunggu lama2 yer??nanti lah saya sampaikan kpd mereka2..jgn tunggu lama2..;)

Dearie Pearls said...

Hang ni mesti sedang alami sekarang kan?
huhu..
Musim bunga sakura Izzah..
hahaha..
LOL ada mengalaminya..
Tapi kalau dah sebelah pihak pihak semakin agresif, rasa cam xselesa plak..

tapi ada satu hubungan yang sampai ke tahap RINDU..
ngeeeeeee..

nahmy said...

women fr venus, men fr mars...camtula omputih ckp. mungkin ada benarnya...tp ketahuilah samada dlm alam cinta sblm kahwin mahupun cinta slps kahwin, setiap pasangan akan terus diuji. jgn pening sgt memikirkannya...serah pada Dia utk perhubungan itu terus berkekalan. isu & persoalan cinta..perhubungan..tanggungjawab dan keadilan akan terus sekejap ada sekejap takda. mereka yg memohon bantuanNya, cekal & sabar akan terus berdiri...wallahualam

Izzah said...

@LotOfLove-Pearls
aku bukan mengalaminya sekarang..tapi lama dulu..huahuahua..pecah rahsia..

RINDU..apa maknanye tu..??ehem2..mcm ada sesuatu jerk..

Izzah said...

@nahmy
cinta memang ada pasan surutnya..mcm hidup jugak..kalau statik jer..tak seronok jugak kan.
apa2 tawakkaltu a'lallah...

fazemy said...

Izzah..better u yg mulakannya. Maksudnya berterus terang dulu. Biar hbgn tu ada nama. Klw direject its ok. Sekurg2nya u boleh tahu the true. Life is true its?

puspawangi said...

Kalu istilah makcik-makcik ni, ini dipanggil 'serasi', kalu org putih pula panggil ada 'chemistry'. Kak puspa cadang org pompuan ni bagilah hint-hint ke...jgn tunggu org laki2, depa ni kekadang tu penakut tak bertempat, takut kene rejectla, duit tak cukupla dll. Kalu org laki2 ni bagi respon yang positif, haa...jgn tunggu lama2. sementelah tu doa2 la dapat pasangan hidup yang dirahmati Allah. Semoga kau bahagia dik!!!

Izzah said...

@fazemy
yes..life is true..aku kah yang perlu berterus terang...atau segalanya sudah terang lagi bersuluh..huhuhu

Izzah said...

@puspawangi
kak puspa..macam nak nyayi lagu..jgn tunggu lama2..tunggu lama2..nanti dikebas orang..hehe
terima kasih doakan kebahagian saya..semoga akak pun bahagia jugak..